suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlis Mara Ke Akhir Piala Emas Raja-Raja

KANGAR: Perlis melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja setelah menewaskan Johor dengan agregat 3-0 hari ini.

Kesemua jaringan dilakukan pada separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama di sini, hari ini.

Penyerang Romdhizat Jamian membuka tirai jaringan pada minit ke-35 hasil sepakan penalti selepas seorang pemain Perlis, Mohd Faiz Subri dijatuhkan oleh pemain Johor Azhari Ridzuan Alias di hadapan gawang.

Romdhizat kemudian menambah jaringan Perlis pada minit ke-54 selepas merembat masuk hantaran lintang Mohd Faizal Tahir.

Johor yang tertekan lebih menderita apabila Mohd Faiz Subri menambah jaringan Perlis pada minit ke-86 hasil rembatannya.

Pada separuh akhir pertama di Johor Bahru Sabtu lepas, Perlis dan Johor seri tanpa jaringan.

Dengan kemenangan itu, Perlis akan bertemu sama ada Kedah atau Singapura pada perlawanan akhir minggu depan. - BERNAMA

Artikel Lain