suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Tenis Dunia Persembahkan Aksi Menarik

SHAH ALAM: Walaupun hanya sekadar perlawanan pertunjukan, empat bintang tenis dunia menonjolkan aksi menarik pada "Showdown of Champions" di Stadium Malawati di sini malam semalam.

Para penonton yang berada di stadium itu ternyata terhibur dan teruja dengan persembahan bertaraf dunia yang dipamerkan oleh pemenang pingat emas temasya Olimpik Beijing 2008, Elena Dementieva (pemain nombor lima dunia) yang berganding bersama rakan senegaranya dari Rusia Maria Kirilenko (pemain nombor 62 dunia).

Showdown of Champions membuka tirai semalam dengan acara beregu menemukan Dementieva-Kirilenko dengan gandingan pemain Asia dari China, Zheng Jie (Pemain nombor 35 dunia)-Sania Mirza (Pemain nombor 57 dunia) dari India.

Dalam perlawanan tiga pusingan, gandingan mantap Dementieva-Kirilenko berjaya mengatasi Zheng-Sania 2-1.

Pada pusingan pertama pasangan daripada Rusia itu memperolehi mata mudah 6-4 akibat daripada kesilapan yang dilakukan oleh Zheng pada awal perlawanan.

Namun demikian, gandingan Asia, Zheng-Sania ternyata tidak ingin memberi kemenangan mudah kepada pasangan lawan apabila mendahului mata pada pusingan kedua dengan kutipan 7-5.

Walaupun pasangan Zheng-Sania bekerja keras untuk memperolehi kemenangan pada set penentuan mereka gagal menjuarai perlawanan tersebut apabila terpaksa akur dengan kehebatan pemain Rusia yang berjaya memperolehi kemenangan 10-8 dalam tie break.

Pada perlawanan kemuncak hari ini, Dementieva akan bertemu dengan Sania dalam acara perseorangan manakala Kirilenko pula bertemu Zheng. BERNAMA

Artikel Lain