suria

Hatta, Jamalliah Menang Emas Karatedo

VIENTIANE:Mohd Hatta Mahmud memenangi pingat emas dalam penyertaan sulung acara individu apabila berjaya menumbangkan lawannya dari Indonesia Hendro Salim dalam acara akhir individu lelaki kumite bawah 84 kg yang diadakan di Chao Anouvong Gymnasium, Budo Centre di sini, hari ini.

Hatta, 23, yang berasal dari Parit Buntar, Perak, menewaskan Hendro dengan keputusan akhir 102.

Sebelum ke pertandingan akhir, Hatta mengalahkan peserta tuan rumah Soukphansa dengan kemenangan 101.

"Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam acara individu yang sangat berbaloi.

Saya mengorbankan banyak masa untuk menghadiri latihan dan menyertai pertandingan. Kemenangan ini untuk ibu bapa saya yang tidak pernah putus asa dengan saya," katanya.

Mainyudin Mohamad dari Brunei dan Soukphansa (Laos) masing-masing menerima pingat gangsa.

Sementara itu, Jamalliah Jamaludin turut memenangi emas dalam acara individu wanita kumite atas 61 kg selepas peserta berusia 25 tahun menewaskan lawannya Lutche Metante 72 dari Filipina dalam perlawanan akhir. "Saya yakin dengan peluang saya selepas mengatasi peserta Thailand, Surapee L. (pada separuh akhir). Semasa perlawanan akhir, saya memberikan yang terbaik dan mengelak dari membuat sebarang kesilapan sama ada semasa pertahanan atau menyerang dan menghasilkan keputusan baik," katanya yang pernah memenangi pingat emas dalam acara individu wanita kumite bawah 60 kg di Sukan SEA Korat dua tahun lepas.

Pingat gangsa dimenangi bersama Surapee L. dan Sendaly (Laos).

Adik Jamalliah, Shaharuddin, 21, pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tewas kepada peserta Laos Inkathep 18-10 dalam separuh akhir.

Inkathep memperoleh emas selepas menewaskan peserta Filipina Roland Lagman dalam perlawanan akhir.

Sementara itu, seorang lagi peserta Malaysia, G. Vathana memenangi pingat perak dalam acara individu wanita kumite bawah 61 kg selepas tewas kepada peserta Vietnam,

Trieu Bui Thi 60 dalam perlawanan akhir.

"Peserta Vietnam itu bijak menggunakan peluang mendapatkan mata hasil kesilapan saya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain