suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Corat-Coret Sukan SEA KE-25 Di Vientiane

VIENTIANE: Berikut corat-coret Sukan SEA ke-25 yang berlangsung di sini dari 9-18 Disember: Had kelajuan maksimum di sekitar bandar ini adalah 40 kilometer sejam, manakala di luar bandar 80 km sejam.

Had kelajuan ini menyebabkan pemandu di sini seolaholah 'makan angin' di dalam kawasan bandar.

Jika ditahan polis kerana melebihi had laju, saman yang dikenakan bergantung kepada kelajuan yang melebihi had maksimum.

Contohnya, di kawasan bandar, pemandu yang melebihi 40 km hingga 50 km sejam akan dikenakan denda RM20 dan jumlahnya bertambah jika melebihi 50km sejam.

Walaupun Laos sebuah negara komunis tertutup, cakera padat digital (DVD) amat mudah didapati dan murah harganya.

Sekeping DVD yang visual and audionya amat jelas, cuma berharga RM2 dan kedai yang menjualnya pula terdapat di mana-mana.

Jika membeli dengan jumlah banyak, harganya semakin rendah.

Di Malaysia, harga sekeping DVD adalah sekitar RM8, yang visual atau audionya kadang kala tidak jelas.

Ini menyebabkan ramai anggota kontinjen negara peserta Sukan SEA ke-25 memborong DVD tersebut untuk dibawa pulang. BERNAMA

Sukan SEA ke-25

Artikel Lain