suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalur Gemilang Berkibar Di Perkampungan Sukan

VIENTIANE: Jalur Gemilang bersama-sama bendera sembilan negara anggota Asean lain serta Timor Leste dinaikkan pada majlis ringkas di Perkampungan Sukan temasya Sukan SEA ke25 di sini, hari ini.

Chef de Mission Malaysia Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, yang mewakili kontinjen negara, berdiri di depan tiang bendera ketika Jalur Gemilang dinaikkan sambil diiringi lagu Negaraku.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera tuan rumah temasya Sukan SEA ke25, Laos diikuti bendera negara yang menyertai temasya di sini mengikut abjad iaitu Brunei, Cambodia (Kemboja), Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippines (Filipina), Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Selepas itu, setiap chef de mission menerima cenderahati daripada kerajaan Laos yang diwakili oleh Ketua Perkampungan Sukan, Profesor Lammai Phiphakkhavong.

Antara kenamaan Malaysia yang hadir pada majlis itu ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, timbalannya Datuk Dr M. Jegathesan dan Setiausaha Kehormat Datuk Sieh Kok Chi.

Perkampungan Sukan di Vientiane kini bersedia menerima kedatangan 4,000 atlet dari semua negara yang menyertainya.

Sehingga kini, 2,300 atlet mula memenuhi perkampungan itu sebelum acara pembukaan rasmi temasya itu berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan Laos petang esok.BERNAMA

Artikel Lain