suria

Kedah Singkir Kelantan Untuk Mara Ke Separuh Akhir Piala Emas Raja-Raja

ALOR SETAR: Kedah melakukan kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan Kelantan untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Emas Raja-Raja, menerusi penentuan sepakan penalti 42 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini malam ini.

Kedah yang seri dengan Kelantan dalam perlawanan suku akhir pertama di Kota Bharu pada Selasa lalu menunjukkan pemainan agresif apabila menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi tandukan Chun Keng Kong yang gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi.

Namun Kelantan segera menyamakan kedudukan pada minit kelima apabila rembatan Khairul Zal Azmi Zainuddin gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah, Muhammad AlHafiz Hamzah.

Kedua dua pasukan saling melakukan serangan balas dengan Kedah sekali lagi mendahului pada minit ke 27 apabila kuisan Mohd Faizal Abu Bakar gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan. Bersambung babak kedua, Kelantan yang menggandakan asakan mendapat gol penyamaan apabila rembatan Khairul Zal Azmi Zainuddin menembusi gawang Kedah.

Bagaimanapun dalam perlawanan yang dicemari dua layangan kad merah dan tujuh kad kuning itu berlanjutan sehingga masa tambahan yang juga gagal menyaksikan sebarang gol terhasil.

Penjaga gol Kedah Muhammad AlHafiz Hamzah menjadi wira Hijau Kuning apabila menyelamatkan dua sepakan penalti daripada Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin dan Arman Jusoh. Mohd Faizal Abu Bakar, Chun Keng Kong, Md Nor Safwan Md Zain pula menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan 42.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain