suria

Kien Keat-Boon Heong Gagal Juarai Siri Super Master China

KUALA LUMPUR: Beregu badminton nombor satu dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal memperoleh gelaran juara Siri Super Master China setelah tewas kepada beregu Korea Selatan Jung Jae Sung-Lee Yong Dae pada perlawanan akhir di Shanghai, China hari ini.

Beregu utama lelaki negara itu berusaha keras selama 76 minit sebelum tunduk 13-21, 21-19, 18-21 kepada gandingan Korea itu.

Walaupun ketinggalan 13-21 pada set pertama, pasangan beregu negara bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-19 untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan, Kien Keat-Boon Heong yang ketinggalan 14-20 cuba merapatkan kedudukan namun tewas 18-21 kepada bekas beregu nombor satu dunia itu.

Selain menjuarai Terbuka Denmark pada penghujung bulan lepas, beregu negara juga layak masuk ke perlawanan akhir Terbuka Perancis.

KEPUTUSAN AKHIR:

PERSEORANGAN LELAKI: Lin Dan (CHN) mn Jan Jorgensen (DEN) 21-12, 21-12

PERSEORANGAN WANITA: Jiang Yanjiao (CHN) mn Wang Xin (CHN) 21-19, 22-20

BEREGU LELAKI: Jung Jae Sung-Lee Yong Dae (KOR) mn Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (MAS) 21-13, 19-21, 21-18

BEREGU WANITA: Tian QingZhang Yawen (CHN) mn Du JingYu Yang (CHN) 21-14, 21-14

BEREGU CAMPURAN: Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung (KOR) mn Zheng BoMa Jin (CHN) 21-18, 15-21, 21-15 BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain