suria

Pasukan Bola Keranjang Tempah Laluan Sukar Dalam FIBA Asia

JOHOR BAHARU: Pasukan bola keranjang bawah 16 tahun lelaki negara akan memulakan cabaran getir mereka dalam kejohanan pertama bola keranjang Fiba Asia bawah 16 yang akan bermula harian di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu di sini.

Pasukan itu akan menentang pasukan Thailand, Taiwan dan Iran dalam kumpulan D. Jurulatih pasukan negara, Chua Kok Kian berharap para pemainnya dapat mengatasi jurang fizikal pemainpemain lawan yang lebih besar dan tinggi dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi. "Pasukan kita sememangnya bukanlah tandingan lawanlawan kita apabila dibandingkan daripada segi fizikal dan kita memang menjangkakan laluan kita cukup sukar," katanya yang ditemui semalam.

Menurutnya hanya kepantasan dan ketangkasan pemain akan menentukan sama ada pasukan itu mampu melangkah ke pusingan seterusnya. Katanya pasukan itu telah mempamerkan permainan yang baik dan cukup memberangsangkan ketika menyertai satu kejohanan jemputan yang diadakan dua minggu lepas.

Sebanyak 16 pasukan dari negara Asia yang dibahagikan kepada empat kumpulan menyertai kejohanan itu termasuklah pasukan China antara yang diramal menguasai kejohanan itu kali ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain