Zainal Akan Pertahankan Jawatan Ahli Lembaga IPC - Sukan | mStar

Zainal Akan Pertahankan Jawatan Ahli Lembaga IPC

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin menjadi antara 31 calon yang tersenarai untuk pemilihan jawatan ahli lembaga pentadbir Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) bagi penggal 2009-2013.

Zainal akan mempertahankan jawatan itu buat penggal kedua sejak beliau terpilih menganggotai barisan kepimpinan IPC itu pada tahun 2005 selepas mendapat undian keempat tertinggi di kalangan 10 anggota lembaga itu pada penggal yang lepas.

Pemilihan kali adalah untuk memilih 12 anggota lembaga, seorang presiden, seorang naib presiden dan 10 ahli lembaga akan berlangsung sebelum berakhirnya persidangan agung IPC Ahad ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Seorang wakil atlet-atlet paralimpik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) juga akan dipilih di kalangan anggota lembaga itu, kata IPC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Persidangan agung IPC selama empat hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Undang-Undang IPC telah menilai kesemua calon-calon dan mengesahkan mereka layak untuk bertanding seperti mana yang digariskan dalam peruntukan undang-undang Pemilihan Ahli Lembaga Pentadbir IPC, Polisi dan Prosedur-prosedur Pemilihan badan itu.

IPC merupakan badan dunia bagi pergerakan paralimpik yang berpengkalan di Bon, Jerman.

Senarai Calon-calon Pemilihan:

Presiden: Sir Philip Craven (Great Britain)

Naib Presiden: Ann Cody (USA), Greg Hartung (Australia), Patrick Jarvis (Kanada), Tariq Mustafa (Pakistan), Miguel Sagarra (Sepanyol).

Ahli-Ahli Lembaga: Datuk Zainal Abu Zarin (Malaysia), Saad Alazma (Kuwait), Mohammed M.A Fahdel Alhameli (UAE), Masoud Ashrafi (Iran), Daniel Ben Abou (Israel), Chutinent Bhirombhakadi (Thailand), Jose Luis Campo (Argentina), Ann Cody (USA), Paul De Pace (USA), Alan Dickson (Great Britain). Greg Hartung (Australia), Ali Harzallah (Tunisia), Hyang Sook Jang (Korea), Patrik Jarvis (Kanada), Ionna Karyofylli (Greece), Chen Lee Chou (Taiwan), Vladimir Lukin (Russia), Tariq Mustafa (Pakistan), Karl Vilhem Nielsen (Denmark), Andrew Parsons (Brazil), Simon Peterson (New Zealand), Karl Quade (Jerman), Veronika Roos (Switzerland), Miguel Sagarra (Sepanyol), Rita Van Driel (Belanda). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain