suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Pasukan Sertai Sukan Paralimpik Kebangsaan 2009

SEREMBAN: Sebanyak 15 pasukan negeri akan menyertai Kejohanan Sukan Paralimpik Kebangsaan 2009 yang akan berlangsung di sini dari 23 hingga 25 November ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Baharudin Jali berkata pasukan itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Keseluruhannya seramai 1,050 orang pegawai dan atlet akan menyertai kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Persatuan Sukan Orang Kurang Upaya (Pesron) Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya lima acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu ialah olahraga, renang, badminton, boling padang dan tenpin boling.

Katanya acara olahraga akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi; renang di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negeri, Paroi; badminton dan boling padang di Kompleks Sukan Datuk Haji Ahmad Said, Seremban 2, manakala tenpin bowling di pusat membeli-belah Seremban Parade.

Baharudin berkata adalah diharapkan melalui kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat baru yang dapat diketengahkan bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Kejohanan itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain