suria

118 Pemandu Muda Go Kart Dari 14 Negara Bertarung Di Sepang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 118 pemandu muda go kart dari 14 negara akan menyertai perlumbaan Red White Sangari Invitation Kart Prix yang julung kali diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang dari 18 hingga 23 November ini.

Acara itu dianjurkan Red White Racing (RWR) dari Indonesia, dengan kerjasama Red White Sangari, sebuah institusi pendidikan sukan permotoran Brazil, yang mempunyai 16 cawangan di seluruh dunia.

Perlumbaan ini terbahagi kepada tiga kategori Mircomax (812 tahun), Rotax (1316 thun) dan Rotax Senior (17 tahun ke atas) dengan juara setiap kategori menerima hadiah USD$11,500 (kira-kira RM40,250).

Pengarah urusan RWR Stanley Iriawan berkata Indonesia mampu menyumbang ke arah mempromosikan perlumbaan go kart di seluruh dunia, di samping memberi banyak peluang kepada pelumba muda dari Asia meraih pengalaman berguna melalui perlumbaan yang mereka sertai.

"Banyak bekas pelumba dan pelumba Formula 1 sekarang memulakan kerjaya mereka dengan memandu go kart, termasuk juara dunia tujuh kali Micheal Schumacher, Ayrton Senna, Alain Prost, Fernando Alonso," katanya.

Perlumbaan ini disertai pelumba dari Austria, Brazil, Hong Kong, Indonesia, India, Ireland, Jepun, Malaysia, Macau, Filipina, Singapura, Thailand dan United Kingdom. BERNAMA

Artikel Lain