suria

Badminton Remaja Dunia: Dua berege negara mara pusingan kedua

ALOR SETAR: Satu pasangan beregu perempuan dan pasangan beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang berlangsung di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim di sini.

Gandingan beregu perempuan Shevon Jemie LaiOng Boon Hui petang ini berjaya mengatasi wakil Sri Lanka Sushmita Illangakoon-Oshadi Kuruppu dengan kemenangan straight set 22-20 dan 21-14.

Rentak cemerlang mereka kemudiannya diteruskan pula oleh pasangan beregu lelaki Goh Jian Hao-Pang Zheng Lin yang menyingkirkan gandingan Danny Oud-Praveen Tayalan dari New Zealand 21-15,21-15.

Sementara itu empat beregu campuran negara berjaya mempamerkan aksi hebat apabila mereka berjaya memastikan tempat ke pusingan ketiga selepas menundukkan lawan masingmasing pada pusingan kedua.

Kombinasi Ow Yao HanLai Pei Jing meranapkan harapan Tang Kirt Soon-Noriko Goh dari Singapura untuk mara lebih jauh dalam kejohanan edisi ini apabila menewaskan mereka dengan 21-11,21-12.

Beregu campuran berikutnya Chooi Kah Ming-Ng Hui Ern pula mengalahkan Chang Kai Ling-Hua Kao dari Taiwan dengan 21-11, 21-13,

manakala Tan Wee TatShevon Jemie Lai menundukkan gandingan Marin BaumannAudrey Fontaine dari Perancis dengan straight set 21-15,21-10, dan pasangan Yew Hong Keng-Ng Boon Hui menewaskan pencabar dari Jerman, Andreas Heinz-Fabianne Deprez dengan 14-21,21-18 dan 23-21. BERNAMA

Artikel Lain