suria

Verdasco, Gonzalez, Monflis, Berdych mara ke suku akhir tenis Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Pilihan kedua Fernando Verdasco dari Sepanyol dan tiga pemain tenis pilihan lain mara ke suku akhir Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, di sini semalam.

Verdasco, pemain kidal, dalam pusingan perlawanan keduanya, menewaskan Karol Beck dari Slovakia 6-4, 6-0, untuk bertemu dengan Richard Gasquet dari Perancis, pada pusingan lapan akhir hari ini.

Bukan pilihan Gasquet menewaskan Joachim Johansson dari Sweden 4-6, 6-2, 7-6(1), dalam perlawanan suku akhir lain.

Sementara, pilihan keempat Fernando Gonzalez dari Chile, mengalahkan Rohan Bopanna dari India 6-4, 3-6, 6-4, untuk bertemu bukan pilihan Mikhail Youzhny dari Rusia, ranking ke-52.

Pilihan kelima dan pemain No.13 Dunia Gael Monflis dari Perancis sekali lagi menewaskan Martin Vassallo Arguello dari Argentina dalam straight set 6-4, 6-2.

Monflis, perlawanan suku akhirnya akan datang bertemu pilihan pertama dan pemain No. 8 Dunia, Nikolay Davydenko dari Rusia.

"Ia merupakan satu perlawanan sukar. Beliau (Davydenko) suka menentukan perlawanan, bermain rapat dari garisan. Dengan itu, saya perlu mengubah rentak sebaik yang boleh," katanya.

Pilihan keenam Tomas Berdych dari Republik Czech terpaksa bekerja keras pada suku akhir dengan menewaskan Simon Greul dari Jerman 6-3, 4-6, 6-3.

"Saya fikir saya bermain lebih baik hari ini berbanding pada pusingan pertama (menewaskan Igor Kunistsyn dari Rusia). Saya harap saya boleh ke tahap ini atau lebih baik pada suku akhir menentang pilihan ketiga Robin Soderling dari Sweden. Ini penting untuk kesinambungan," kata Berdych ranking ke16 dunia.

Bagi menghadapi pilihan ketiga dan ranking Dunia ke11 Robin Soderling pada perlawanan suku akhir, Berdych berkata: "Saya cuba bermain tenis yang terbaik, menghantar dengan baik. Saya harap ada peluang untuk mematahkan hantaran. Beliau adalah pemain sangat baik terutamanya dalam stadium, jadi saya akan bermain dengan terbaik."

Dua pemain pilihan lain terkeluar awal lagi pada pusingan pertama ialah pilihan ketujuh David Ferrer dari Sepanyol yang juga pemain No. 19 Dunia, dan pilihan kelapan Lieyton Hewitt dari Australia yang juga bekas pemain nombor 1 Dunia dan juara dua kali Grand Slams. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain