suria

Ekuestrian: Natalya mencapai impian untuk ke SUKMA

PUTRAJAYA: Impian penunggang muda, Natalya Wah Idris untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka pada 2010 hampir tercapai apabila beliau berjaya memenangi acara Kelas 46: Preliminary Group A Dressage di Premier Cup Series 2 yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya semalam.

Natalya, 13, yang mewakili Bukit Kiara Equestrian Centre (BKEC) berjaya mengumpul 64.400 mata mengatasi Lisa Stoddart dari Academy Equestrian DiRaja Selangor (AEDs) yang mengumpul 62.400 mata.

Natalya yang mula menunggang kuda pada usia tujuh tahun berkata sejak daripada dahulu lagi beliau menyimpan hasrat untuk diserap ke dalam squad Wilayah Persekutuan dan seterusnya mewakili pasukan tersebut ke SUKMA Melaka 2010.

"Sekiranya dipilih untuk mengikuti SUKMA ianya titik permulaan saya untuk terus mara mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan semalam. Natalya yang ditabalkan juara keseluruhan dalam acara Preliminary Group A dalam Siri Premier Cup pertama di tempat yang sama pada Jun lalu, bercita-cita untuk mengulangi kejayaan tersebut buat kali kedua.

Sementara itu, jurulatihnya Fabiny berkata, anak didiknya itu telah berada di bawah penjagaannya hampir empat tahun dan Natalya telah menunjukkan bakat cemerlang dengan memenangi pelbagai kejuaraan.

"Natalya seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh semasa berlatih dan mempunyai semangat yang tinggi.

"Pemilihannya ke dalam skuad SUKMA bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana beliau telah pun dikenali sejak SUKMA di Terengganu namun kerana umurnya yang muda, beliau terpaksa memberi laluan kepada penunggang yang lebih tua," katanya.

Selain daripada kemenangan Natalya, seorang lagi penunggang di bawah bimbingan Fabiny, iaitu Haris Zulhkiple juga mencapai kemenangan di Kelas 49: Novice Group B dan Kelas 47: Preliminary Group B dengan kudanya Rosemary.

Keputusan Dressage:

Kelas 45: Preparatory: 1. Abdul Hadi Muzaffar (TEP) Eva 56.667 mata; 2. Isabelle Steele (RL) Super Force 52.667; 3. Irdina Shahriman (TEP) Buddy Red 50.000

Kelas 48: Novice Group A: 1. Izry Razali (BKEC) Gardenia 63.939; 2. Sarah Thomas (3Q) Hermine Du Charme 63.636; 3. Izry Razali (BKEC) Cookies n Cream 60.606

Kelas 49: Novice Group B: 1. Haris Zulhkiple (BKEC) Rosemary 65.185; 2. Natalya Wah Idris (BKEC) My Wish 64.815; Annika Johansson (STEC) Timbertop 63.333

Kelas 46: Preliminary Group A: 1. Natalya Wah Idris (BKEC) My Wish 64.400; 2. Lisa Stoddart (AEDs) Indiana 62.400; 3. Cheyenna Benta (BKEC) Lliade de Balme 61.600

Kelas 47: Preliminary Group B: 1. Haris Zulhkiple (BKEC) Rosemary 65.250; 2. Datin Noriah Ibrahim (BKEC) Lucky Bamboo 57.750; 3. Shaiful Azwan (AR) Thor De Martinpre 56.750 BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain