suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badminton: Chong Wei, Tan Fook-Wan Wah terkeluar dari China Master

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mengatasi musuh ketatnya Lin Dan dari China pada separuh akhir Kejohanan Badminton China Masters di Changzhou semalam.

Walaupun masing-masing menampilkan persembahan rancak dan seimbang namum Chong Wei terpaksa akur dengan ketangkasan Lin Dan pada set penentuan.

Pemain China itu, yang menjuarai kejohanan itu pada 2005, 2007 dan 2008, menang 22-20, 15-21, 21-7.

Lin Dan, pemain pilihan keempat kejohanan, akan menentang pemain Thailand Boonsak Ponsana pada perlawanan akhir selepas dia mengejutkan pemain pilihan pilihan kedua, Chen Jin dari China 21-16, 4-21, 21-19, pada saingan separuh akhir.

Sementara itu, dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah tersingkir pada saingan separuh akhir apabila tewas kepada beregu tuan rumah Guo Zhendong-Xu Chen 12-21, 19-21. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain