Sukan SEA: Chew Chan yakin pertahan kejuaraan di Laos - Sukan | mStar

Sukan SEA: Chew Chan yakin pertahan kejuaraan di Laos

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir setahun tidak mengikuti sebarang kejohanan, atlet taekwando negara Che Chew Chan yakin mampu menyumbang satu pingat emas untuk Malaysia pada Temasya Sukan SEA di Laos pada Disember ini.

Chew Chan yang akan mengambil bahagian dalam kategori Middleweight (73kg) mengakui misi untuk mempertahankan kejuaraan pada edisi di Korat, Thailand, tahun lepas, tidak begitu sukar baginya.

"Saya cuma berharap tidak akan mengalami sebarang kecederaan yang serius ketika beraksi di peringkat saingan nanti," katanya.

Chew Chan berkata penyertaannya kali ini adalah penampilan kali kelima beliau di temasya dwitahunan itu namun biarpun berpengalaman, beliau akan tetap berhati-hati ketika beraksi di Laos.

"Walaupun sudah mencapai tahap atlet Olimpik, saya tidak boleh memandang rendah kepada pihak lawan kerana saya sudah lama tidak mengikuti kejohanan berbanding mereka (pihak lawan)," katanya yang turut beraksi di Sukan Olimpik di Beijing, China pada 2008 tetapi pulang tanpa sebarang pingat.

Chew Chan berkata walaupun kecederan di bahagian lutut yang dialaminya baru-baru ini belum pulih sepenuhnya beliau tidak takut untuk beraksi, sebaliknya akan melakukan persembahan yang terbaik bagi mendapatkan pingat emas.

"Saya hanya perlu berhatihati ketika menjalani latihan agar tidak mengalami kecederaan namun saya tidak takut untuk menerima risiko tersebut apabila beraksi di Laos nanti," katanya.

Bagi mengelak daripada mengalami kecederaan sebelum beraksi di Sukan SEA, Chew Chan dinasihatkan agar tidak menyertai Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Denmark pada awal Oktober ini.

"Saya terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding di Denmark bagi memberikan lebih tumpuan kepada Sukan SEA," katanya.

Atlet yang kini tersenarai sebagai atlet taekwando ke10 terbaik dunia itu berhasrat untuk beraksi di Sukan Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China tahun depan.

"Saya belum berkesempatan untuk beraksi di temasya tersebut dan sekiranya tidak mengalami apaapa kecederan di Laos, saya berazam untuk melayakkan diri ke Guangzhou," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain