suria

KOAM rayu KBS segera perbaiki trek olahraga di MSN

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) merayu Kementerian Belia Dan Sukan segera mengeluarkan arahan bagi memperbaiki keadaan trek olahraga yang terdapat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim, berkata trek itu perlu diperbaiki dan dinaik taraf memandangkan sebahagian besar atlet olahraga dari pelbagai peringkat termasuk atlet elit menjalani latihan setiap hari di situ.

"Kami ada menerima laporan bahawa ada atlet cedera ketika menjalani latihan di sana.

"Bagi mengelak berlaku kecederaan yang lebih teruk dan ianya bakal merugikan negara, trek tersebut perlu segera diperbaiki lebih-lebih lagi atlet negara kini sedang giat menjalani latihan persiapan ke Sukan Sea Laos," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Karim berkata trek itu bukan hanya diguna oleh atlet negara tetapi juga oleh atlet luar negara yang terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Prestasi Tinggi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain