suria

Coretan Nasir untuk bangkit semangat pemain Johor

JOHOR BAHARU: Zaman kegemilangan Johor menjulang kejuaraan Piala Malaysia 18 tahun lalu dijadikan perangsang buat jurulatih Nasir Yusof untuk menyuntik semangat pemain pasukan.

Walaupun sekian lama sejak Johor tidak mengulangi kejayaan pada kempen Piala Malaysia namum Nasir menggunakan kejayaan tahun 1991 mengatasi Selangor pada perlawanan akhir untuk merangsangkan anak buahnya.

Piala Malaysia 2009 akan bermula 26 Sept ini dengan Johor disenaraikan dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Nasir sendiri memainkan peranan penting di bahagian tengah pada perlawanan akhir menentang Selangor ketika itu untuk merangkul kejuaraan dan pengalamannya digunakan untuk mengingatkan pemain mengenai cabaran yang bakal menimpa.

"Saya pasti tiada pemain sekarang mempunyai kaitan dengan kejayaan Johor merangkul Piala Malaysia pada 1991. Sama ada mereka terlalu muda atau tidak memikirkan bola sepak sebagai karier.

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menulis coretan mengenai apa yang terjadi pada musim 1991 dalam dua bahagian dan telah mengedarkan kepada setiap pemain," kata Nasir.

Ia bukan bertujuan mendabik dada tetapi Nasir melihat tindakannya menulis coretan itu sebagai peringatan bahawa saingan Piala Malaysia adalah berbeza daripada pertandingan lain.

"Selepas mengharungi saingan liga yang mencabar, pertandingan Piala Malaysia membawa cabaran yang berbeza. Kesemua pasukan tiba-tiba 'segar' dan suasana di stadium juga ada kelainan," katanya.

"Tahap saingan meningkat ke tahap yang tinggi, peminat lebih mendesak dan tekanan adalah tinggi," kata Nasir yang membimbing pasukan Johor buat kali pertama musim ini.

"Negeri Sembilan merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan kami tetapi saya yakin kami boleh muncul antara tiga pasukan terbaik di tempat kedua yang sama-sama layak ke suku akhir," katanya.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain