suria

Filipina kuasai hari pertama kelayakan Golf Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Filipina menguasai pusingan pertama Kelayakan Asia Golf Piala Dunia Omega Mission Hills dengan kelebihan empat pukulan dalam saingan di Kelab Golf Seri Selangor di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Mars Pucay dan Angelo Que, keduaduanya kerap beraksi dalam Jelajah Asia, bergandingan baik untuk melakukan 60 pukulan, 11 di bawah par, untuk selesa mendahului pasangan Singapura Lam Chih Bing dan Mardan Mamat, yang melakukan 64 pukulan.

Pasangan Malaysia Danny Chia dan Iain Steel serta gandingan dari Hong Kong David Freeman dan Wong Woon Man terikat di tempat ketiga dengan 66 pukulan. Tiga pasukan teratas selepas empat pusingan akan layak ke Piala Dunia di Shenzhen, China pada November.

Pucay dan Que, yang kali pertama bergandingan tahun lepas dan menamatkan saingan dalam kedudukan 10 terbaik pada Piala Dunia, melakukan 11 birdie termasuk dua "chipin birdie" pada lubang ke15 dan 16 menerusi Pucay.

60 Filipina (Mars Pucay, Angelo Que) 64 Singapura (Lam Chih Bing, Mardan Mamat) 66 Hong Kong (David Freeman, Wong Woon Man), Malaysia (Danny Chia, Iain Steel) 67 Myanmar (Zaw Moe, Soe Kyaw Naing) 68 Pakistan (Muhammad Shabbir, Muhammad Munir).

69 Indonesia (Maan Nasim, Sarmilih), Bangladesh (Milon Ahmed, Siddikur Rahman) 70 Nigeria (Christian Utubor, Edet Umoh), Sri Lanka (Lalith Kumara, Anura Rohana) 74 Brunei (Faiz Damit, Pengiran Hassanal), Ghana (Theophilus Kodjo, Emos Korblah) 77 Mauritius (Rajesh Mohun, Jocelyn Savrimootoo)82 Nepal (Ramesh Nagarkoti, Pashupati Sharma). BERNAMA

Artikel Sebelum

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Lain