suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesir benamkan impian Malaysia bagi gelaran Skuasy Remaja Dunia

CHENNAI: Mesir mengenepikan Malaysia dari kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia ke13, dengan memendekkan impian Malaysia ke peringkat akhir.

Remaja wanita Mesir mencatat kemenangan 30 ke atas Malaysia dalam permainan suku akhir di dewan Persatuan Raket Skuasy Tamil Nadu di Chennai.

Dalam permainan pertama Nour El Sherbini menewaskan Tan Yan Xin 9-11, 11-6, 11-2, 11-1 dan Heba El Torky menjinakkan Low Wee Nee 11-5, 11-3, 11-5.

Dalam permainan terakhir Nour El Tayeb mengalahkan Nessrine Ariffin 11-1, 11-9 tanpa bermain di set ketiga. Dalam satu lagi permainan penting, Kanada hampir mengecewakan pemain pilihan kedua dan hos India, tetapi remaja India mampu bangun semula dari keputusan 10 kepada kemenangan 21 bagi menempah tempat ke separuh akhir. Mesir kini akan bertemu Amerika Syarikat dalam separuh akhir dan dalam satu set permainan separuh akhir India akan menentang Hong Kong hari ini.

Malaysia dan England akan bersaing bagi tempat kelima dan keenam manakala Kanada dan New Zealand akan berebut bagi tempat ketujuh dan kelapan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain