suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuasy: Nicol raih pingat emas di Sukan Dunia

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meraih pingat emas buat Malaysia dalam acara skuasy wanita pada temasya Sukan Dunia 2009 yang berlangsung di Kaoshuing, Taiwan.

Menurut laman web rasmi temasya sukan berkenaan, www.worldgames2009.tw, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Chung Cheng Martial Arts, Nicol menewaskan Natalie Grinham 11-6, 11-8 dan 11-6 dalam perlawanan selama 38 minit.

Kemenangan itu adalah yang kedua buat Nicol selepas pertama kali meraih pingat emas pada temasya sukan yang sama empat tahun lepas di Duisburg, Jerman.

Pada perlawanan penentuan pingat gangsa, pemain Mesir Omneya Abdel Kawy menewaskan Alison Waters dari Britain dalam perlawanan lima set.

Omneya menang dengan 8-11, 11-7, 6-11, 11-8 dan 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 51 minit.

Dalam kategori lelaki, pemain negara Mohd Azlan Iskandar pula menyumbang pingat gangsa buat Malaysia.

Beliau menerima kemenangan itu selepas lawannya, Stewart Boswell dari Australia menarik diri setelah mengalami kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Pada perlawanan akhir kategori lelaki, pemain Britain Nick Matthew menewaskan rakan senegaranya, James Willstrop untuk meraih pingat emas. Matthew menang 11-8, 11-6 dan 11-5. BERNAMA

Artikel Lain