suria

Tun Jeanne: Kemudahan atlet paralimpik hanya tertumpu di ibu kota

KUALA LUMPUR: Kemudahan bagi atlet paralimpik di negara ini masih kurang dan hanya tertumpu di ibu kota menyebabkan banyak bakat baru tidak dapat diketengahkan, kata penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah.

Beliau berkata walaupun kerajaan TELAH mengumumkan pembinaan Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik bernilai RM40 juta bertempat bersebelahan Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, pusat itu hanya memberi faedah kepada atlet paralimpik di sekitar Lembah Klang sedangkan masih ramai atlet paralimpik di negeri-negeri.

"Stadium di negerinegeri pula termasuk stadium atau pusat sukan yang baru tidak ada kemudahan bagi atlet paralimpik," katanya kepada Bernama di kediamannya di Putrajaya.

Jeanne berkata kemudahan tersebut bukan sekadar jalan masuk atau tempat meletak kereta dan tetapi yang lebih penting adalah peralatan sukan khusus bagi atlet paralimpik.

Beliau berkata bagi acara pembukaan dan penutupan Sukan Para Asean ke5 (KL 09) yang akan diadakan di Stadium Putra di Bukit Jalil bulan depan, beberapa pengubahsuaian terpaksa dilakukan bagi kemudahan atlet paralimpik.

Begitu juga dengan 10 lagi venue KL 09 yang akan berlangsung dari 1519 Ogos, semuanya terpaksa diubahsuai kerana tidak mesra Orang Kurang Upaya (OKU), katanya.

Jeanne juga berkata Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Cawangan Paralimpik turut membantu menjalankan tugas mencari atlet pelapis paralimpik di negeri-negeri.

Beliau berkata selepas bakat pelapis dikenal pasti, MPM akan berusaha membawa atlet itu ke Kuala Lumpur kerana hampir kesemua kemudahan latihan bagi atlet paralimpik berpusat di ibu kota.

MPM juga sedang berusaha untuk menganjurkan kejohanan yang menyerupai konsep Sukan Malaysia (Sukma) bagi atlet paralimpik.

"Kebanyakan bakat baru atlet normal ditemui melalui Sukma dan MPM juga mahu mencungkil bakat baru atlet pelapis paralimpik melalui konsep kejohanan yang sama," katanya. BERNAMA

Artikel Lain