suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei akan menentang pemain bukan pilihan di kejohanan dunia Hyderabad bulan depan

NEW DELHI: Pemain perseorangan lelaki utama dunia Datuk Lee Chong Wei akan menentang pemain bukan pilihan Jerman, Dieter Domke pada perlawanan pembukaan Kejohanan Dunia Yonex-Sunrise di Hyderabad bulan depan.

Berdasarkan pada pengundian hari ini, Lee, pilihan no.1 di kejohanan itu dijangka melalui laluan mudah hingga ke separuh akhir.

Persekutuan Badminton Dunia (WBF) menjalankan pengundian elektronik di Delhi untuk pertandingan Hyderabad itu, di mana kira-kira 300 pemain akan turut serta.

Selepas pengundian itu, bekas johan perseorangan lelaki dunia Prakash Padukone memilih Lee dan Lin Dan, dari China untuk ke peringkat akhir.

"Adalah sukar untuk membuat ramalan tetapi Lin Dan dan Lee dianggap favorit saya. Kedua-dua punya peluang amat baik," katanya.

Pemain perseorangan utama yang lain ialah Peter Gade Christensen dari Denmark dan Taufik Hidayat, Indonesia.

China dan Malaysia menghantar bilangan pemain teramai - masing-masing 26 orang - ke kejohanan itu yang akan berlangsung dari 10-16 Ogos. BERNAMA

Artikel Berikut

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER

Artikel Lain