suria

Pemain Malaysia perlu pandai buat keputusan di depan gol - K. Rajagobal

KUALA LUMPUR: Selepas kekalahan kedua pilihan Malaysia kepada juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United malam tadi, jurulatih negara, K. Rajagobal mendapati anak buahnya masih belum pandai membuat keputusan untuk bertindak terutama di bahagian penyerang.

Pilihan Malaysia tewas 0-2 kepada Manchester United.

"Dalam tempoh 15 atau 20 minit terakhir separuh masa kedua, pemain yang baru dimasukkan telah berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaring gol, tetapi mereka gagal membuat keputusan untuk menjaring gol," katanya yang tetap yakin dengan kebolehan para pemain bawah 23 tahun asuhannya.

Bermain dengan pasukan yang lebih berpengalaman seperti Manchester United, Rajagobal berkata pemain mudanya telah mempamerkan keberanian dan keyakinan tinggi.

Pengurus Manchester, Sir Alex Ferguson turut terkejut dengan permainan baik pasukan negara.

Beliau bersetuju dengan Rajagobal bahawa bahagian penyerang pasukan Malaysia perlu lebih meningkat kerana bahagian itu yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan.

"Dari segi kepantasan dan dedikasi, pemain Malaysia semuanya bagus tetapi masih kekurangan dalam menjaringkan gol," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain