suria

Proses mediasi Izreen dan Intan gagal capai kata sepakat, Ude pula setuju tarik balik saman

Proses mediasi antara Izreen (kiri) dan Intan (kanan) gagal mencapai kata sepakat.

PROSES mediasi di antara pelakon Izreen Azminda dan Intan Salleh gagal mencapai kata sepakat pada proses yang berlangsung di Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Peguam mewakili Intan iaitu Mahmud Jumaat memaklumkan proses tersebut diadakan bagi mencari penyelesaian di luar mahkamah susulan saman fitnah difailkan aktres tersebut terhadap Intan sebelum ini.

Mahmud bagaimanapun memberitahu proses mediasi kedua akan diteruskan pada satu tarikh lain bagi mencari jalan damai di antara mereka.

Intan (kanan) bersama Mahmud (kiri) sewaktu proses mediasi.

Intan (kanan) bersama Mahmud (kiri) ketika di Mahkamah Kuala Lumpur.

Sekiranya masih gagal, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah.

"Kami ada membuat permohonan kepada pihak mahkamah untuk proses mediasi dengan harapan agar kedua-dua pihak dapat mencari titik tengah menyelesaikan kes ini.

"Namun proses tersebut gagal dan mahkamah menetapkan proses mediasi kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa selesaikan konflik cara baik... "Jangan datang macam taiko ikan masin"

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda kongsi berita gembira, sedang hamil anak keempat

"Jika masih gagal capai kata sepakat, barulah kes ini akan dibawa ke mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, saman yang difailkan oleh Izreen sebelum ini berkaitan dakwaan membuat fitnah berhubung hantaran di media sosial turut mendapat tuntutan balas daripada pihak Intan.

Kata Mahmud, Intan turut memfailkan saman balas terhadap aktres itu atas tuduhan yang sama.

Izreen nekad meneruskan saman terhadap Intan.

Izreen nekad meneruskan saman terhadap Intan.

"Dalam kes ini, kedua-dua pihak memfailkan saman. Izreen saman Intan dan Intan juga memfailkan saman atas dakwaan yang sama terhadap Izreen," ujarnya.

Sementara itu, Mahmud turut mengesahkan suami kepada Izreen iaitu Ude Wahid sudah menarik semula kes saman yang difailkan menerusi kiriman WhatsApp.

"Saya tidak pasti sebab mengapa Ude menarik semula kes terhadap Intan. Cuma apa anak guam saya maklumkan, dia ada menerima kiriman mesej daripada Ude memberitahu akan menarik semula kes saman tersebut," katanya.

Sebelum ini, Intan memaklumkan plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes saman namun plantif pertama Izreen masih meneruskan saman terhadapnya.

Kemelut membabitkan Izreen dan Intan Liana Salleh masih berpanjangan apabila kedua-dua mereka sebelum ini sering berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

intan3 - 1

Ude (kanan) menarik semula kes saman terhadap Intan.

Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 9, dan Ariq Muqri, 6.

Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idrees, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain