suria

[V] Pertemuan dalam pesawat aturan Allah, MK sudah mohon maaf kepada Tuju

PENYANYI rap MK membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju atas setiap kesalahan dilakukan sebelum ini.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, berkata, salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini mungkin berlaku disebabkan kesilapannya sendiri dan bersyukur hubungan mereka sudah kembali pulih.

"Hari ini (Ahad) saya sekali lagi memohon maaf secara terbuka. Mungkin apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri," katanya kepada mStar.

mk 3

Tuju (kiri) dan MK bergabung dalam lagu Risiko.

MK berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam Risiko Pop Up Show yang merupakan kolaborasi dia bersama MK serta penyanyi penyanyi lain iaitu Ghidd, Benzooloo dan Meerfly pada malam Ahad.

Dalam pada itu, MK memberitahu dia sebelum ini sudah bertemu Tuju secara kebetulan ketika mereka sama-sama menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur tahun lalu.

Beritahu MK, pada pertemuan itu masing-masing ada meluahkan semua kegusaran dalam hati dan saling bermaaf-maafan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah dibuang, Tuju mengaku ada salah faham dengan K-Clique... Tak mungkin kembali bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditanya soalan ‘mana Tuju?’, akhirnya Noki sahkan sudah keluar K-Clique... “Tak beri kesan apa-apa pun”

"Sebenarnya kami pernah bertemu tanpa sengaja dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur sekitar tahun lalu.

"Allah mengaturkan pertemuan tersebut dan di situ juga saya pernah meminta maaf," ujarnya.

Sementara itu, MK berkata, dia tidak menyangka lagu Risiko yang merupakan terbitan Twntytwo Degree kembali menyatukan mereka dan tiga penyanyi rap lain iaitu Ghidd, Meerfly dan Benzooloo.

Mungkin apa yang berlaku atas kesilapan saya sendiri

MK K-CLIQUE

PENYANYI

"Saya juga bersyukur dengan gabungan dalam lagu Risiko ini. Kembali bersama Tuju adalah di luar jangkaan," luahnya.

Sebelum ini, Tuju memberitahu wujud salah faham di antaranya dengan K-Clique namun enggan mendedahkan masalah berlaku.

Kata Tuju lagi, keputusan meninggalkan kumpulan popular itu adalah pilihan sendiri dan tidak akan kembali bersama K-Clique.

mk 2

K-Clique terus bergerak tanpa Tuju.

Meskipun tidak bersama sebagai sebuah kumpulan, MK dan Tuju bergabung dalam dalam Risiko yang mula dilancarkan sejak 22 Februari lalu.

Muzik video lagu ini menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur dan dilakukan dalam tempoh hanya dua hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain