suria

Belum ada menantu… Abby masih menanti kesahihan pernikahan Marissa dan Aslam

Abby reda dengan ketentuan takdir anaknya.

PELAKON Abby Abadi masih menanti bukti kesahihan perkahwinan anaknya iaitu Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam yang didakwa berlangsung di Thailand.

Kata Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia tidak mempunyai menantu selagi mana status perkahwinan Marissa masih belum diketahui.

"Belum... belum! Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya.

marissa abby

Abby mahu lihat bukti depan mata dahulu.

"Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya," katanya.

Abby berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu podcast GVV Studio yang dikendalikan oleh Datin Rebecca Nur Al Islam.

Menurut Abby, dia bukannya tidak menerima takdir sebaliknya status anaknya masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun dia terbuka menerima ketentuan anaknya sudah bergelar isteri sekiranya berita perkahwinan itu sah di sisi undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau rasa perlukan mama, baliklah” - Abby Abadi dedah Marissa lari hilangkan diri, hanya mampu doa untuk anak

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Marissa dan Aslam dikecam tak jaga hati Umisya

"Benda pun tak dapat disahkan lagi sama ada pasti atau tidak. Bukan tak nak terima takdir atau kenyataan tapi benda belum jelas lagi.

"Jadi saya meletakkan pada waktu saya sedang bercakap ini kena selesaikan dulu... bagi sahih, bukti jelas.

"Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak. Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah saya reda sebagai ibu.

"Apa apa yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah," luahnya.

abby gvv

Perkongsian Abby menyentuh hati ramai pihak.

Sebelum ini, Abby memberitahu Marissa menghilangkan diri dan hanya bertemu pada majlis reviu berbuka puasa.

Pada Februari lalu, sumber terdekat memberitahu kepada mStar Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27

Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Umisya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Umisya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Bagaimanapun pasangan itu kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain