suria

Siti Nordiana sanggup bersumpah, minta tunjuk bukti guna ilmu hitam kekal di ASGV

Siti Nordiana berani bersumpah tidak pernah menggunakan ilmu hitam.

PENYANYI Siti Nordiana berani bersumpah bagi membuktikan dia tidak pernah menggunakan ilmu hitam demi terus kekal bertanding menerusi program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Malah pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias, 39, ini memberitahu tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sepanjang hidupnya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya guna ilmu hitam. Nauzubillah!

WhatsApp Image 2023-11-13 at 12.28.46 PM

Hantaran di Twitter yang mengatakan Nana menggunakan ilmu sihir.

"Saya berani bersumpah yang memang tidak terdetik dalam diri saya untuk gunakan ilmu seperti didakwa," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Nana mengulas tuduhan seorang individu menerusi hantaran di laman sosial X (Twitter) yang mendakwa penyanyi itu menggunakan ilmu hitam bagi memastikan kedudukannya kekal di ASGV.

Dalam pada itu, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan menuntut supaya individu tersebut mengemukakan bukti.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta dengan arwah Achik bukan nak raih perhatian, Siti Nordiana hanya jawab pertanyaan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah rupanya dah banyak kali 5 sekawan buat ‘live’ sindir Siti Nordiana

Penyanyi itu juga sedih dan kecewa apabila difitnah selain tertanya-tanya apa kesalahan sudah dilakukan sehingga ada tergamak menuduhnya.

"Nana tengok sekarang ini semakin berleluasa orang tulis dekat media sosial benda tidak betul fasal diri Nana. Bagi Nana, benda ini perlu dihentikan.

Tuduhan guna ilmu hitam tak logik sebab tiada pun Nana dapat kedudukan tiga teratas.

SITI NORDIANA

PENYANYI

"Nana pelik, sedih dan kecewa... Kalau dia ada bukti, sila tunjukkan. Kalau tiada bukti, tiada guna. Itu sudah jatuh fitnah!

"Nana rasa tuduhan guna ilmu hitam tak logik sebab dalam ASGV Nana berada di kedudukan bawah, tiada pun dapat tiga teratas," ujarnya.

Sementara itu, Nana berkata, dia akan memaafkan tuduhan dibuat individu berkenaan namun menggesa supaya hantaran dibuat dihapuskan segera.

Nana 5

Nana ketika melakukan persembahan di minggu ke lapan ASGV.

Jelasnya, jika individu itu berdegil dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

"Nana maafkan dia sebab kita faham dalam keadaan sekarang mungkin dia ada masalah sendiri. Mungkin dia haters Nana... Namun syaratnya, padam semua hantaran yang dia buat!

"Tindakan undang-undang juga akan diambil sekiranya dia berlebihan seperti melibatkan keluarga dan sebagainya. Jadi saya harap, individu tersebut dapat padam fitnah yang dilontarkan itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain