suria

[V] Tajam mata netizen! Garisan jahitan disangka puting payudara, Adira perjelas pakaian guna material PVC

PENYANYI Adira Suhaimi sedar penampilannya pada konsert Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad menjadi bualan ramai apabila ramai mengecam pakaian digayakan kononnya menampakkan puting payudaranya.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, bagaimanapun menjelaskan ia sebenarnya adalah garisan jahitan pada bahagian dada pakaian berwarna kelabu cair tersebut yang diperbuat daripada fabrik PVC.

"Tengoklah benda lain, yang tengok benda itu kenapa? Takkanlah kita biar 'benda' itu terkeluar macam itu! Ini fabrik PVC.

adiraa

Adira dan adiknya Emma memberi persembahan bertenaga pada minggu kelima pertandingan FD3.

"Benda pun dah post, nak buat macam mana. Dia yang tengok, dia pula susah hati, kan? Saya mengaku kekurangan itu mungkin ada tapi saya suka baju ini, cantik," katanya kepada mStar.

Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira dan Emma Suhaimi ‘auto’ menggigil tengok juri Famili Duo 3, perhati muka Mas Idayu senyum atau tidak

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak pernah bawa suami ke mana-mana acara hiburan, suami datang Famili Duo sebab anak

Dalam pada itu, Adira berkata, dia langsung tidak menyedari tentang bonjolan seperti didakwa kerana sedia maklum material pakaian berkenaan yang agak keras dan menimbulkan kesan jahitan.

Bagaimanapun, Adira tetap menyambut baik semua kritikan yang diberikan malah berjanji kejadian serupa tidak akan berulang pada masa akan datang.

"Saya terima semua kritikan dan anggap itu semua (teguran) benda baik.

Snapinsta.app_401392134_18404106298053262_3461314191147847336_n_1080

Adira menjelaskan pakaian yang digayakan diperbuat menggunakan material PVC.

"Kalau mereka tidak cakap, saya pun tak tahu sebab kita rasa elok dan tiada sebarang masalah... Tapi bila ada orang perasan, kita terlepas pandang.

"Tidak mengapa, saya sayang netizen Malaysia! Insya-Allah minggu depan tak akan ada lagi isu seperti ini.

"Minggu depan saya akan tampil dengan fesyen lebih 'vass', saya akan buat mereka (netizen) menangis pula," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain