suria

Pengurus dedah rupanya dah banyak kali 5 sekawan buat ‘live’ sindir Siti Nordiana

Pegurus dedah sikap rakan-rakan Siti Nordiana.

SAKSI plaintif iaitu pengurus kepada Siti Nordiana mendakwa lima defendan berkali-kali melakukan siaran langsung bertujuan untuk memburukkan nama dan imej penyanyi itu.

Mohammad Al Anas Osman, 39, bagaimanapun berkata kesemua mereka sebelum ini menyindir Siti Nordiana tanpa menyebut nama.

"Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima.

nanana1

Lan Solo dan Syura Badron antara lima sekawan yang menyindir.

"Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyindir Nana (Siti Nordiana) tanpa sebut nama,” katanya.

Anas berkata perkara itu ketika perbicaraan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketika ditanya oleh peguam defendan keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil mengapa tiada sebarang tindakan diambil ketika itu, Anas berkata ini kerana mereka tidak menyebut nama Siti Nordiana.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kes saman lima sekawan buat emosi Siti Nordiana terganggu, lebih kerap ke masjid cari ketenangan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kontrak duta dibatalkan, imej Siti Nordiana tercalar gara-gara ‘live’ lima sekawan

"Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama. Baru (kali ini) dapat peluang nak saman,” ujarnya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

nana

Siti Nordiana bersama peguamnya.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain