suria

[V] Farid Kamil ada bukti bergambar wujud pihak ketiga, akan dedah di mahkamah

PENGARAH dan pelakon Farid Kamil menegaskan dia mempunyai bukti atas dakwaan wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya bersama Diana Danielle.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh mendedahkan bukti itu kepada umum sebaliknya akan berbuat demikian di mahkamah kelak.

"Untuk pengetahuan semua, saya ada bukti gambar. Saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya kena tunjuk di mahkamah.

"Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak saya tak mahu kongsi yang hanya akan menaikkan persepsi yang boleh mengaibkan mereka," katanya kepada mStar.

Farid mengulas mengenai dakwaan wujud kehadiran orang ketiga di antara dia dan Diana ketika sesi bertemu media di lokasi penggambaran filem Gold yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada petang Selasa.

WhatsApp Image 2023-03-28 at 9.34.26 PM

Farid akan dedahkan semua bukti di mahkamah.

Filem arahan Adrian Teh itu merupakan terbitan bersama Astro Shaw dan Act 2 Pictures.

Pasangan itu pada pagi Selasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi proses pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Ketika bertemu pemberita di luar mahkamah, Farid mendakwa wujud orang ketiga yang mendorong Diana untuk memfailkan cerai terhadapnya pada awal Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil mula hidu wujud pihak ketiga tahun lalu, punca Diana mahu cerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Sudah lapan tahun tunggu cincin hari ini baru nak belikan?” - Diana Danielle tetap mahu cerai dakwa Farid Kamil sekadar nak tutup malu

Dalam pada itu, Farid berkata, di sebalik berdepan masalah rumah tangga, dia bersykur kerana perkembangan kerjaya seni berjalan baik sejak tahun lalu.

“Kerjaya dan peribadi berjalan seiringan. Ini semua rezeki Allah selepas saya diuji.

“Saya seimbangkan antara kisah peribadi dan kerjaya,” ujarnya.

553

Cubaan Farid memujuk isterinya di mahkamah pagi Selasa tidak berhasil.

Susulan proses mahkamah yang berlangsung, Farid diwakili oleh sepupunya dalam JKP manakala Diana melantik pengurusnya dalam usaha menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan terbabit.

Pada 20 Mac lalu, Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian yang difailkan oleh isterinya itu pada awal Mac.

Bagaimanapun Farid enggan melepaskan Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain