suria

[V] Pelakon Pachara Apin fail tuntutan fasakh terhadap Afiq Muiz

BAGAIKAN tiada kesudahan, satu demi satu berita mengenai hal perceraian selebriti berlaku dalam tempoh singkat.

Kali ini membabitkan pula aktor Afiq Muiz dan isterinya yang merupakan aktres Pachara Apin yang berdepan pergolakkan rumah tangga sejak dua tahun lalu.

Panchara hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada pagi Rabu bagi memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31.

Panchara atau Nur Aaira Mahadeya, 32, yang mengenakan jubah hitam tampil seorang diri di mahkamah sempat menyapa media yang menanti kehadirannya sebelum bergegas masuk ke dalam dewan.

553 (2)

Isu rumah tangga pasangan ini bergolak sejak dua tahun lalu.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sebar fitnah dipukul Afiq Muiz, Pachara Apin tampil bukti bergambar dan laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz buat laporan polis selepas isteri dakwa kaki pukul... Aishah Azman pula minta kakak ipar jangan reka cerita!

Turut didedahkan ialah perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan polid di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Afiq dalam kenyataannya berkata, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain