suria

[V] Farid Kamil mula hidu wujud pihak ketiga tahun lalu, punca Diana mahu cerai 

PELAKON Farid Kamil mendedahkan kewujudan pihak ketiga sebagai punca rumah tangganya dengan Diana Danielle berantakan sehingga aktres itu memfailkan cerai terhadapnya pada awal Mac lalu.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, dia mula menghidu kehadiran pihak ketiga itu sejak tahun lalu namun apabila ditanya mengenai perkara tersebut, Diana mahu mereka bercerai.

Tidak hanya itu, Farid mendakwa hasutan pihak ketiga turut menjadi punca aktres itu memfailkan penceraian di mahkamah.

"Saya seboleh-bolehnya mahu tegakkan undang-undang Islam, hak seorang suami yang rumah tangganya diganggu pihak ketiga.

farid 444

Farid tetap mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan Diana.

"Saya rasa tidak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu dan apabila saya menuntut jawapan daripada dia tentang perkara itu, perpisahan yang diminta.

"Saya bersyukur hari ini Allah sudah beri petunjuk dan hidayah di mahkamah. Saya sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tidak munasabah.

"Tetapi hari ini saya dapati kekuatan dia (Diana), ada pihak ketiga yang menyokongnya dari belakang," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil turut beli cincin untuk pujuk Diana sempena ulang tahun perkahwinan ke-11

ARTIKEL BERKAITAN: Sejambak bunga ros buat Diana Danielle di mahkamah, langkah pertama Farid Kamil pujuk isteri

Farid mendedahkan perkara itu selepas selesai proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.

Pada proses itu, Farid diwakili kakak sepupunya manakala Diana diwakili pengurusnya.

Enggan mengulas lanjut mengenai orang ketiga dimaksudkan, aktor itu sebaliknya meminta soalan tersebut ditanya sendiri kepada Diana.

Sebaliknya, Farid memberitahu dia masih sayangkan Diana dan akan cuba memperbaiki hubungan mereka.

Apabila saya menuntut jawapan dari dia tentang perkara itu, perpisahan yang diminta.

FARID KAMIL

PELAKON & PENGARAH

"Saya sayangkan keluarga saya, saya sayangkan anak-anak saya. Saya tak pernah diuji sebegini rupa.

"Saya masih nak selamatkan isteri saya dari terus diperlakukan sebegitu dan saya sayangkan anak-anak saya kerana tanpa isteri, saya tak akan dapat jumpa mereka," jelasnya.

Pada 20 Mac lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian yang difailkan oleh isterinya itu pada awal Mac.

Bagaimanapun ketika itu Farid enggan melepaskan Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

farid 333

Farid kelihatan tenang dan ceria ketika hdir ke mahkamah.

Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid.

Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain