TANPA sebarang rasa prejudis, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor menyokong dan meraikan kemunculan ramai bakat baharu ke dalam industri seni secara positif. Tidak mahu memberi tekanan terhadap mereka, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, sebaliknya menganggap kesilapan yang dilakukan pelakon muda adalah sebahagian daripada lumrah bergelar anak seni. “Saya amat meraikan kehadiran pendatang baharu. Kita semua bermula daripada tidak tahu apa-apa. Saya pun dulu baca dialog salah, begitu juga pelakon-pelakon hebat lain. “Kami bermula dari bawah. Sama dengan pelakon baharu sekarang, mereka melalui proses yang sama seperti saya. Ini lumrah dunia seni,” katanya kepada mStar. Rosyam menganggap kehadiran bakat baharu sebagai persaingan sihat. Rosyam berkongsi perkara itu ketika tampil sebagai panel menerusi sesi forum ‘Lihatlah Dunia, Trofi FFM Merubah Hidupku’ bersempena Festival Filem Malaysia ke-33 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersama Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang berlangsung di Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada Ahad. Dalam pada itu, Rosyam menyifatkan masalah disiplin dalam kalangan penggiat seni bukanlah perkara baharu sebaliknya isu tersebut sudah wujud sejak berdekad lamanya. Baginya, pelakon senior seharusnya memahami perubahan zaman agar tidak cepat menunding atau menyalahkan pendatang baharu sekiranya mereka bertindak di luar normalisasi. “Kalau nak cakap tentang artis bermasalah, zaman saya pun ramai artis yang begitu. Ada juga tak berdisiplin, tapi bila dah tua-tua nampak macam mereka berdisiplin pula. ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan buli calar taraf industri seni, Ellie Suriaty nasihat pendatang baharu lapang dada terima teguran ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor tak setuju pelakon senior kecam artis baharu, patut beri peluang berubah... “Mereka dulu pun sama saja” “Jangan kita perlekehkan artis baru kalau mereka bawa pengurus ke set atau mereka duduk dalam kereta baca skrip. Ini zaman mereka. Benda remeh-temeh, isu pelakon baharu dibuli atau tidak berdisiplin tak penting,” jelasnya. Tidak berasa terancam, Rosyam turut menyifatkan kehadiran bakat muda sebagai perkembangan positif yang dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelakon. Sedar masanya sudah berlalu, pelakon itu percaya artis baharu merupakan pelapis yang akan menggantikan tempatnya untuk memperjuangkan industri seni ke tahap yang lebih tinggi. “Saya kena bersaing pada usia 57 tahun dengan pesaing-pesaing saya yang lebih muda. Tapi ia merupakan persaingan sihat. Mereka harus ada berjuang demi kesinambungan industri. Saya bermula dari bawah, begitu juga pelakon baharu sekarang, mereka melalui proses yang sama seperti saya. DATUK ROSYAM NOR PENERBIT/PELAKON “Industri tidak lagi boleh berharap kepada kami yang tua-tua ini, kami ini hanyalah penyokong. Zaman kami akan habis, siapa yang akan bawa industri ini kalau bukan generasi muda. Merekalah pelapis sama ada mereka bagus atau tidak... itulah yang kita ada,” ujranya. Dalam perkembagan lain, Rosyam tampil sebagai panel sesi forum Lihatlah Dunia, Trofi FFM Merubah Hidupku’ bersempena Festival Filem Malaysia ke-33 yang berlangsung di Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada petang Ahad. Forum anjuran Finas dengan kerjasama WHAM itu membincangkan topik berkenaan hala tuju industri filem negara. Rosyam hadir sebagai panel bagi sesi forum Lihatlah Dunia. Selain Rosyam, barisan pelakon terkenal yang dipilih menjadi panel termasuklah Maya Karin, Fauziah Ahmad Daud dan Erra Fazira. Turut hadir bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Finas iaitu Datuk Azmir Saifuddin. Selain forum, acara yang berlangsung selama dua hari ini iaitu pada 23 dan 24 November ini turut dirancakkan dengan aktiviti lain termasuklah sesi zumba, pertandingan pakaian beragam dan pertandingan karaoke. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!