suria

Siti Nurhaliza tangguh rancangan adakan konsert, terkejut kenyataan Universal Music Group isu Palestin

Siti selitkan lagu ketuhanan dalam persembahan nyanyiannya.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan pendiriannya tidak sama dengan kenyataan syarikat rakaman antarabangsa iaitu Universal Music Group (UMG) yang mengecam serangan tentera Hamas terhadap Israel.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, memberitahu dia juga bukanlah artis di bawah naungan syarikat Universal Music Malaysia dan mereka hanya bekerjasama sebagai pengedar lagu.

“Kenyataan itu sangat mengejutkan. Mereka (UMG) sebuah label antarabangsa dan saya percaya pendirian Universal Music Malaysia mengenai isu ini tidak sama.

toktiti

Siti tetap teguh menyokong Palestin.

“Apa yang disuarakan UMG itu tidak sama dengan pendirian saya. Saya tetap menyokong Palestin.

“Universal Music Malaysia bekerjasama dengan saya hanya sebagai pengedar. Saya bukan di bawah naungan mereka,” katanya kepada mStar.

Siti mengulas kenyataan UMG baru-baru ini dilihat seolah-olah memberi bayangan menyokong kekejaman Israel.

ARTIKEL BERKAITAN: Tadika ‘Afwa Al Aafiyah’ jadi tempat perlindungan penduduk Gaza, Siti Nurhaliza tak putus doa buat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dedah Elly Mazlein mahu sumbang RM10,000 buat Gaza, terharu sokongan rakan artis

Perkongsian UMG di laman sosial mengundang kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

Untuk rekod, album terbaharu Siti iaitu Sitism adalah edaran Universal Music Malaysia.

Memandangkan serangan rejim Zionis di Gaza sedang hangat diperkatakan masyarakat dunia, Siti mengambil keputusan untuk menangguhkan konsertnya pada Mac tahun hadapan.

Malah, Siti juga memberitahu dia enggan terlalu berkongsi aktiviti harian tatkala rakyat Palestin hidup menderita dan dalam kesusahan.

WhatsApp Image 2023-11-14 at 18.57.08

Siti mahu kurang berkongsi aktiviti seronok di media sosial.

“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan dahulu. Sekarang isu ini tengah sensitif.

“Bagaimanapun saya sedang merancang untuk adakan satu majlis dan kutipan dana akan disalurkan kepada Palestin.

“Kita perlu sokong Palestin dan hidup ini mesti diteruskan. Tetapi kalau kita buat aktiviti menyeronokkan lebih baik tidak terlalu berkongsi di media sosial.

“Sekarang ini kalau ada undangan menyanyi pun saya akan cuba selitkan dengan lagu-lagu ketuhanan,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain