suria

[V] Kak Lina Pom Pom persona di atas pentas, Elly Mazlein masih tahu batasan sebagai isteri - “Cuma kadang-kadang ‘menggeliat’ sahaja”

PENGACARA Elly Mazlein menjelaskan persona Kak Lina Pom Pom yang dipaparkan hanya sekadar watak apabila tampil di atas pentas yang tidak melambangkan karakternya sebenarnya.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata, adakalanya dia juga berasa lelah apabila terpaksa mengekalkan karakter tersebut yang terkenal dengan sikap agresif dan gedik.

"Kalau 24 jam jadi Kak Lina, Kepom penatlah dik... Apabila habis kerja dengan kawan-kawan atau di rumah saya seperti inilah (menunjukkan aksi lemah lembut).

"Apabila berada di atas pentas saya perlu menjadi pelbagai watak sebab kita buat program hiburan, asalkan saya tahu batas-batasnya," katanya kepada mStar.

ellyy1 - 1

Elly menerima kritikan netizen dengan hati terbuka.

Elly berkongsi perkara itu ketika sidang media All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Bercakap soal perubahan karakter ditonjolkan pada minggu kedua ASGV, Elly memberitahu dia cuba memberikan dua sisi berbeza yang ada dalam diri seorang 'Elly Mazlein'.

Pun begitu kata Elly, penonton nampaknya lebih memilih dia menjadi Kak Lina Pom Pom bagi meneruskan program realiti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kali terakhir kita berjumpa 2016..." - Karakter Elly Mazlein berubah di All Stars Gegar Vaganza, penonton mahu Kak Lina Pom Pom kembali

ARTIKEL BERKAITAN: Kak Lina umum undur diri Gegar Vaganza, sudah tiba masa Elly Mazlein jaga hati netizen... "Minta maaf segala khilaf"

"Saya lakukan perkara ini (perubahan karakter) kerana saya menerima pandangan netizen di luar sana.

"Saya akui tak semestinya apa yang saya buat ini betul, jadi bila terima kritikan dan komen-komen netizen saya terima dan cuba beri dua versi dalam personaliti diri saya.

"Tapi bila saya beri kedua-dua karakter berbeza itu ternyata penonton mahukan Kak Lina Pom Pom dalam ASGV," jelasnya.

Apabila berada di atas pentas saya perlu menjadi pelbagai watak sebab kita buat program hiburan.

ELLY MAZLEIN

PENGACARA

Dalam pada itu, Elly memberitahu dia sedar akan status dirinya sebagai isteri orang dan tak pernah melampaui batas dengan bergaul bebas bersama lelaki bukan muhrim di atas pentas.

Bagaimanapun pengacara ini mengakui ada kalanya kelakukannya itu agak berlebihan dan sedia menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

"Saya sedar status saya sebagai isteri... Saya pun tak pernah bersentuhan dengan mana-mana lelaki di atas pentas dan masih tahu batasan.

ellyy2 - 1

Penonton ASGV tetap mahukan Elly menjadi Kak Lina dalam ASGV.

"Saya cuba menjaga batasan itu, cuma 'menggeliat' sahaja. Kadang-kadang saya akui terlebih lepas kelakuan dan apabila netizen tegur kita kena terima," ujarnya.

Sebelum ini, Elly mencuri perhatian ramai apabila pengacara itu tidak muncul sebagai Kak Lina Pom Pom sebaliknya memperkenalkan diri sebagai Elly M.

Bagaimanapun, penonton di Auditorium MBSA bersorak tanda menginginkan pengacara itu menjadi dirinya semula menerusi persona Kak Lina Pom Pom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain