suria

Kak Lina umum undur diri Gegar Vaganza, sudah tiba masa Elly Mazlein jaga hati netizen… “Minta maaf segala khilaf”

Tiga hos digandingkan dalam program realiti GV10.

DIKRITIK hebat netizen susulan pengacaraannya di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10), pengacara Elly Mazlein berkata dia mengambil serius segala pandangan dikongsikan oleh penonton.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata selepas membaca komen diberikan, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi beraksi dalam program berkenaan.

Menurut Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan mengakui kesilapan dirinya dalam mengacarakan program berkenaan.

"Selepas kak Lina (panggilan Elly) membaca komen semuanya... ya kak Lina baca semua komen-komen anda.

lina1 - 1

Niat kak Lina hanya mahu menghiburkan penonton.

"Sudah masanya kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak. Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri," katanya.

Elly berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse kembali, Elly Mazlein kekal hos All Stars Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: Kualiti persembahan teruk, konsert pertama All Stars Gegar Vaganza tak capai KPI - Ramli MS

Dalam pada itu, Elly menjelaskan niat sebenar dirinya adalah untuk menghiburkan penonton tetapi tidak menyangka ia mendatangkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

"Niat kak Lina untuk menghiburkan tetapi lain pula jadinya... buat semua orang yang tidak berminat nak menonton GV, sekali lagi kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri.

"Demi kebaikan semua pihak, kak Lina tidak akan muncul lagi di GV... minta maaf segala kekhilafan ya.

"Kak Lina tak bermaksud apa-apa, memang nak menghiburkan," ujarnya.

Dalam luahan tersebut, Elly bagaimanapun hanya memberi gambaran dia akan meninggalkan karakter ‘Kak Lina’ dan tampil dengan personaliti sebenar iaitu Elly Mazlein.

"Jaga diri ya semua, terima kasih diatas segala kemanisan yang kak Lina rasa sebelum ini... terima kasih banyak-banyak.

lina2 - 1

Personaliti Elly Mazlein bakal menggantikan kak Lina di GV10.

"InsyaAllah Elly Mazlein akan menggantikan Kak Lina di GV nanti... so I’ll sign off," katanya.

Pada malam Ahad lalu, pengumuman tiga pengacara GV10 iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein mengundang pelbagai reaksi termasuk ada pihak yang kurang senang dengan gandingan itu.

Rata-rata netizen di media sosial meluahkan ketidakpuasan hati terhadap gabungan tiga pengacara tersebut di atas pentas.

Segelintir netizen menyifatkan gandingan pengacara Nabil dan Jihan sudah cukup untuk menggamatkan program realiti berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain