suria

Lah Ahmad amal puasa cara bersihkan jiwa, mampu tambah stamina menjelang konsert di Istana Budaya

Lah mengamalkan berpuasa untuk penjagaan rohani.

PENYANYI Lah Ahmad tidak hanya membuat persediaan fizikal dan mental menjelang konsert malah mengamalkan puasa sebagai penjagaan rohani.

Lah atau Abdullah Ahmad, 43, berkata, berpuasa bukan sahaja untuk mendapat pahala tetapi sebagai cara menambah tenaga apatah lagi pada konsert kali ini memerlukan dia menyanyi lebih 20 buah lagu.

"Secara peribadi, saya ini kalau setakat menyanyi satu atau dua buah lagu masih lagi biasa... tetapi kalau untuk 20 lagu ni perlukan stamina lebih sedikit.

"Insya-Allah saya pun dah mula berpuasa sunat bulan ini... tidaklah setiap hari tetapi dalam dua kali seminggu.

lah3 - 1

Lah akui pembersihan jiwa penting untuk mewujudkan aura positif.

"Tujuan saya berpuasa untuk menambahkan kekuatan. Bagi saya, apabila kita berpuasa rasa seperti tenaga bertambah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Lah berkongsi sebelum ini dia pernah mengikuti kelas agama dan teringat akan kata-kata yang diberikan oleh seorang ustaz tentang aura penyanyi yang mempengaruhi penonton.

Kata Lah, seorang penyanyi perlu membersihkan jiwa terlebih dahulu untuk memberikan aura positif kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ulang tahun ke-25 Lah Ahmad bangkit nostalgia, segmen tribut Siti Sarah dan Adibah Noor undang air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa tiket konsert Lah Ahmad habis terjual kurang 24 jam, minta tambah tarikh persembahan

"Sewaktu saya pergi belajar agama dahulu, ustaz ada pesan apa yang kita menyanyi akan masuk ke dalam hati pendengar.

"Apa yang kita menyanyi itu masuk ke hati peminat. Nyanyian saya adalah instrumen saya. Saya mahu apa yang saya nyanyikan itu biarlah 'masuk' ke hati peminat dengan bercahaya," ujarnya.

Tambah Lah lagi, dia percaya tentang semangat kerohanian dan mengambil langkah berpuasa sebagai salah satu cara untuk membersihkan jiwa.

Saya percaya spiritual itu juga penting. Saya berpuasa itu juga antara salah satu cara membersihkan jiwa.

LAH AHMAD

PENYANYI

"Saya percaya spiritual itu juga penting. Jadi ikhtiar saya untuk berpuasa itu juga antara salah satu cara membersihkan jiwa.

"Kalau jiwa kita sakit, macam mana kita nak sampaikan nyanyian yang boleh memberi nilai positif kepada pendengar... orang yang dengar pun boleh jadi 'sakit'," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Kau Tercipta ini memberitahu tiket 'Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta' sudah terjual sebanyak 70 peratus.

Istimewa buat peminat, potongan diskaun sebanyak 25 peratus diberikan untuk tiket Ayu dan Ulang Tahun.

lah2 - 1

Lah mahu memberikan terbaik buat penonton yang hadir.

Tambah Lah, mereka turut mengundang beberapa penyanyi jemputan untuk memberikan kejutan pada malam tersebut.

"Alhamdulillah, sebanyak 70 peratus tiket sudah terjual dan kini kami memberikan potongan diskaun 25 peratus untuk menghabiskan tiket yang selebihnya.

"Konsert itu nanti akan menampilkan beberapa penyanyi undangan yang akan kami perkenalkan pada malam itu... saya berharap penonton akan terhibur dengan kejutan yang diberikan," jelasnya.

Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 7 Oktober ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain