suria

[V] Shila Amzah sah bergelar isteri Ubai dengan sekali lafaz 

SELEPAS tiga bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi dengan sekali lafaz pada pukul 10.27 pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND lala dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Ubaidillah atau Ubai menyerahkan RM20,000 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

file7rdnenah3rm10cer15sr

Shila menyarungkan cincin ke jari Ubai.

Pengantin perempuan turut menyerahkan lima dutang hantaran kepada pihak lelaki.

Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, meluahkan rasa syukur dan gembira apabila status mereka sebagai tunang sebelum ini kini sah bergelar suami dan isteri.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas kelancaran majlis pernikahan kami pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan disangka sudah putus, Shila Amzah dan Ubai bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: "Berbincang jangan lari-lari" - Ibu Shila Amzah bagi pesanan kepada Ubai, hidup berumah tangga tak sama zaman bujang

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT... Insya Allah.

“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke syurga,” katanya.

Sementara itu, Ubai berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Insya Allah sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah terbaik untuk Shila dan Seth.

file7rdnekiyf0iicn745sp

Ubai dinikahkan sendiri oleh bapa Shila iaitu ND Lala.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ubai memberitahu mereka belum ada sebarang perancangan memandangkan keduanya sibuk dengan kerja.

“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu.

“Namun mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” jelasnya.

file7rdnemsklo0ur0xa5sq

Shila dan Ubai berkenalan sejak awal tahun ini.

Pasangan pengantin kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berona putih rekaan Zaimi Zulkafli.

Majlis bertemakan rona putih itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Marsha Milan, Amylea Azizan, Jaclyn Victor, Fara Fauzana, Zara Zya, Jihan Muse dan ramai lagi.

Pasangan ini akan diraikan dalam dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.

file7rdnel7l3g8nes365sp

Shila gagal menahan air mata selepas sah bergelar isteri.

Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain