suria

Menangguk di air keruh... Akaun palsu TikTok tumbuh bagai cendawan, Mizz Nina minta jangan terpedaya

Dua akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Mizz Nina.

SEMENJAK bercerai dengan Noh Salleh, nama Mizz Nina kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat yang kagum dengan ketabahannya mengharungi dugaan.

Tidak hanya itu, beberapa video inspirasi dan temu bual lama penyanyi itu tentang perjalanan penghijrahan dan kehidupan turut tular di media sosial sehingga ada mendapat ratusan ribu tontonan.

Disebabkan itu juga, terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab bagai menangguk di air keruh apabila mengambil kesempatan dengan membuka beberapa akaun TikTok menggunakan namanya.

Hasil carian mStar turut mendapati, akaun berkenaan mengulang siar beberapa video lama Mizz Nina selain berkongsi kata-kata pujangga dan inspirasi yang pernah dibuat penyanyi itu.

Mizz Nina mengharapkan akaun palsu menggunakan namanya di TikTok segera dipadamkan.

Enggan orang ramai terperdaya dengan helah tersebut, Mizz Nina atau Shahrina Azman, 42, meminta agar peminat tidak mudah terpedaya dengan tipu helah individu di sebalik akaun yang menyamar sebagai dirinya.

Mizz Nina turut meminta pengguna aplikasi itu membuat laporan kepada TikTok tentang kewujudan akaun palsu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh, Mizz Nina dikhabarkan bercerai talak satu

"Ini bukan saya. Akaun palsu di TikTok. Tolong lapor atau minta untuk padam akaun ini. Semoga Allah melindungi, amin," katanya.

Mizz Nina memaklumkan perkara terbabit menerusi akaun Instagram di ruangan Stories.

Berdasarkan perkongsian itu, akaun palsu yang menggunakan nama @mizzninaa_ memiliki 37,600 pengikut manakala satu akaun lagi @mizznina._ mempunyai 5,716 pengikut.

Untitled design (29)

Ini merupakan akaun TikTok sebenar milik Mizz Nina.

Pada masa sama Mizz Nina juga memaklumkan akaun rasmi miliknya bernama @officialmizznina yang hanya memiliki 487 pengikut dan menjelaskan dirinya tidak pernah aktif di aplikasi itu.

"Ini adalah akaun TikTok sebenarnya saya yang saya tidak pernah gunakan langsung," ujarnya.

Mizz Nina dan Noh bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada minggu lalu.

Kedua-duanya mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mengambil anak angkat bernama Musa pada Mac lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain