suria

Bukan kejar populariti... Bekas ahli kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin keluar lagu baharu selepas 16 tahun menyepikan diri

Idzu Baharin muncul dengan single baharu bertajuk Ku Serah.

VOKALIS kumpulan nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin kini muncul dengan single terbaharu, Ku Serah selepas 16 tahun merehatkan diri daripada industri hiburan tempatan.

Dr Idzu atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin, 41, bagaimanapun mengakui minat terhadap bidang nyanyian tidak pernah hilang meskipun sekian lama menyepikan diri.

Kata Dr Idzu, sekitar 2006 dia mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kerjaya dalam bidang perubatan di sebuah hospital sekaligus melupakan hasrat meneruskan karier nyanyian.

“Saya lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang perubatan sebelum masuk bidang penyelidikan dan pengilangan pula.

Untitled design (23)

Idzu Baharin menghasilkan lagu ciptaannya sendiri dengan bersama Ahmad Jeffny.

"Boleh dikatakan sibuk dengan kerja sehinggalah saya mencuba bidang perniagaan pula. Minat dalam nyanyian itu masih ada tetapi tidak aktif seperti dulu.

"Sekarang sejak aktif dalam perniagaan saya mempunyai banyak masa dan kini bolehlah aktif semula dalam dunia nyanyian," jelasnya yang mengusahakan syarikat Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka content nasyid dapat sambutan, pelajar Usuluddin siap dipelawa ajar mengaji... peminat UAI ini nak jadi da'i berilmu

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu penyanyi nasyid, Naufal Azrin dituduh murtad selepas lagu 'Casablanca' popular

Mengulas mengenai lagu baharu hasil ciptaannya dengan Ahmad Jeffny, Dr Idzu memberitahu dia memilih konsep ketuhanan yang digabung dengan genre R&B.

Diterbitkan oleh Kharisma Music, Dr Idzu mengharapkan lagu tersebut dapat memberikan mesej positif kepada masyarakat.

Bukan lagi masa untuk kemasyhuran tetapi lebih kepada berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baru yang kenal saya menerusi media sosial.

IDZU BAHARIN

VOKALIS KUMPULAN SAUJANA

"Lebih kepada santai dan masih pop dengan elemen R&B sikit namun bukanlah nasyid.

“Sebelum ini saya ada keluarkan beberapa single tetapi lebih kepada nak berseronok saja.

"Sekarang sudah ada pengurusan sendiri dan Universal Music Malaysia bertanggungjawab mengambil hak pengedar. Saya juga mempunyai produksi dengan Kharisma Music yang menjaga kualiti muzikal dan produksi,” katanya.

Untitled design (22)

Idzu Baharin akan muncul semula bersama kumpulan Saujana menerusi penghasilan semula lagu Sepohon Kayu.

Dalam pada itu Dr Idzu turut menafikan kemunculan semula dalam industri semata-mata untuk mengejar populariti.

“Umur saya pun lebih 40 tahun. Jadi, bukan lagi masa untuk kemasyhuran tetapi lebih kepada berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baru yang kenal saya menerusi media sosial," jelasnya.

Dr Idzu yang masih aktif dengan Saujana baru selesai mengadakan rakaman semula video muzik Sepohon Kayu bagi meraikan ulang tahun ke-25 kumpulan nasyid itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain