suria

Percutian mewah jadi tarikan, peminat syak Hairul Azreen Sultan Pemurah

Percutian Hairul sekeluarga di kawasan pergununan salji menarik perhatian peminat.

PASANGAN selebriti, Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha mencuri perhatian apabila mereka dilihat seronok meluangkan masa bersama dengan bercuti ke luar negara.

Perkara itu dilihat berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik ke Instagram termasuk video di TikTok milik pelakon berkenaan.

Hairul turut membawa Hanis dan dua anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah menaiki sebuah helikopter sebelum mendarat di sebuah kawasan pergunungan dengan salji yang memutih.

Tidak ubah seperti menonton filem Bollywood, Hairul sekeluarga kelihatan sangat gembira sambil berlari berkejaran menikmati suasana sambil bermain salji.

298109020_147162731292774_7761198154523774003_n

Hairul bersama keluarga pertama kali bercuti ke luar negara selepas tiga tahun.

Kata Hairul, percutian itu merupakan yang pertama selepas tiga tahun tidak ke luar negara ekoran penularan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bertuahnya Hairul Azreen! Selepas kapal layar, jutawan Vincent Tan ajak naik jet peribadi pula

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen, Hanis Zalikha ke Australia 3 Syawal

"Pertama kalinya kami terbang selepas tiga tahun. Ini adalah masa untuk percutian keluarga dan akan membuatkan salji menjadi sesuatu perkara menyeronokkan. Alhamdulillah," ujarnya.

Untitled design (15)

Hairul sekeluarga menaiki sebuah helikopter untuk tiba di kawasan pergunungan salji.

Melihatkan keseronokkan mereka sekeluarga, rata-rata warganet turut teruja dan tumpang gembira dengan perkongsian pelakon filem Paskal itu.

Tidak kurang yang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga pelakon berkenaan.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian apabila ramai mengatakan Hairul merupakan Sultan Pemurah dan gemar memberikan hadiah di TikTok.

Untitled design (17)

Pengguna media sosial mengatakan Hairul merupakan Sultan Pemurah yang gemar memberikan hadiah di TikTok.

"Sultan pemurah... Inikah Sultan Pemurah itu?

"Adakah ini sultan pemurah itu," kata netizen di Instagram.

Terdahulu Hairul sering mencuri perhatian peminat menerusi percutian mewahnya di beberapa buah lokasi luar negara antaranya, Maldives, London; Britain dan Australia termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain