suria

Zaki Yamani rasa ‘insecure’ dibandingkan dengan Jamal Abdillah, mahu serlahkan bakat sendiri

Gaya Zaki yang dikatakan cuba meniru Jamal.

PERSEMBAHAN Zaki Yamani menyanyikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir dalam sebuah majlis mendapat kritikan netizen kerana dikatakan cuba meniru penyanyi asal iaitu bapanya sendiri, Datuk Jamal Abdillah.

Membaca komen-komen yang diberikan, Zaki, 16, akui terkesan dan ia membuatkan dia merasa tidak yakin dengan diri sendiri.

“Saya baca komen-komen yang diberikan dan ada yang kata saya cuba jadi seperti ayah. Malah ada yang melihat gaya saya berjalan dan pegang mikrofon pun sama seperti dia.

zaki 2

Zaki tak mahu dibandingkan dengan Jamal.

“Ada sedikit rasa insecure dalam diri apabila orang cakap sebegitu. Jika nak dibandingkan sebenarnya ayah jauh lebih hebat dan saya pun tak tahu bagaimana gaya dia yang sebenar.

“Kalau boleh saya tidak mahu dibandingkan dengan ayah kerana sejak awal melibatkan diri dalam industri saya memang mahu serlahkan diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Zaki sebelum itu dijemput oleh kelab peminat Ruhainies untuk membuat persembahan ketika sambutan ulang tahun pelakon berkenaan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak bertemu, akhirnya Zaki Yamani lepas rindu jumpa Jamal Abdillah... Siap dapat hadiah baju dan kasut

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tiada siapa halang, Baba sendiri tak nak jumpa - Zaki Yamani

Sementara itu bercakap tentang penglibatan dalam program Ceria Popstar Xtra, Zaki terpaksa berpuas hati apabila hanya bertahan untuk dua minggu sahaja di pentas tersebut.

Akui sedikit terkilan, Zaki bagaimanapun tidak pernah berputus asa untuk cuba menyertai lebih banyak program realiti selepas ini dan meletakkan sasaran untuk bertanding di pentas Big Stage sebelum usia 19 tahun.

Jika nak dibandingkan sebenarnya ayah jauh lebih hebat dan saya pun tak tahu bagaimana gaya dia yang sebenar.

ZAKI YAMANI

PENYANYI

“Minggu pertama program tersebut saya memang tidak sihat jadi ketika itu ada rasa takut untuk bertanding. Memang terkilan apabila tersingkir awal, namun saya percaya ada rezeki di tempat lain.

“Saya tidak akan pernah serik untuk sertai lebih banyak program selepas ini dan saya sasarkan untuk masuk Big Stage. Namun sebelum itu perlu betul-betul bersedia kerana ia sebuah pentas besar dan akan terima kecaman lebih teruk jika saya tidak melakukan dengan baik,” ujarnya.

zaki 1

Zaki mahu sertai lebih banyak pertandingan.

Dalam masa sama, Zaki melihat penyertaan dalam Ceria Popstar Xtra juga telah membuka jalan buatnya untuk lebih dikenali dan siapa sangka dia juga telah menerima sebuah tawaran berlakon filem.

“Syukur apabila semakin ramai yang mula kenal saya. Tak sangka juga dapat tawaran berlakon filem dan saya akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain