suria

Dengar bunyi tercekik, Dayana Roza terkejut anak tersedak susu... simpati kejadian bayi meninggal dunia tiba-tiba

Dayana Roza kongsi detik mencemaskan anak tercekik susu.

BERITA kematian seorang bayi perempuan berusia enam bulan dipercayai akibat tersedak susu mengundang simpati ramai netizen termasuklah pelakon Dayana Roza.

Cerita Dayana atau nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin, 30, dia pernah berdepan situasi hampir sama apabila anaknya iaitu Astrid Raheeya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tersedak atau muntah susu pada September tahun lalu.

"Allahuakhbar... sebaya anak saya. Tersedak susu memang bahaya, anak saya masa umur dua bulan bulan masuk hospital sebab muntah susu sampai dah masuk paru-paru. Tersedak susu bukan masa minum susu sahaja tapi selepas minum susu tu lagi bahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayana Roza rahsiakan kelahiran anak sulung, elak emosi terganggu ketika berpantang

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 5 bulan tak halang Dayana Roza terus hulur bantuan... tidak sanggup lihat orang berlapar

"Bayi saya sebelum ni, walaupun saya dah tepuk bagi sendawa pun dia akan muntah banyak, pernah sekali tu dia tengah tidur, saya di bilik sebelah dengar bunyi tercekik... saya lari tengok susu banyak keluar dari hidung serta mulut anak saya dan dia tak boleh bernafas.

"Saya cepat-cepat terbalikkan dia, tepuk-tepuk dan guna alat sedut hidung, apabila dia menangis saya lega sangat. Allah saja tahu perasaan saya macam nyawa nak tercabut, padahal sebelum tu dia dah sendawa sejam selepas menyusu. Malam itu baby saya tidur nafas dia berbunyi, saya hubungi doktor dan diminta bawa ke hospital," katanya.

dayana 2

Dayana pernah berdepan situasi mencemaskan bayinya tersedak susu.

Dayana berkongsi pengalaman mencemaskan itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online Official pada Jumaat.

Terdahulu menerusi artikel yang diterbitkan mStar itu, bayi perempuan bernama Puteri Maryam dilaporkan meninggal dunia secara tiba-tiba di rumah pengasuhnya di Johor Bahru pada petang 21 Januari lalu.

Apa-apa pun kita doakan semoga mak dan ayah anak syurga yang comel ni kuat menghadapi ujian ini. Al-fatihah!

DAYANA ROZA

PELAKON

Menurut pengasuh, bayi berusia enam bulan 13 hari itu kelihatan tidak selesa dan seolah-olah mahu sendawa sebelum memuntahkan semua susu dan makanan dalam kejadian berkenaan.

Doktor bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan punca kematian anak sulung kepada pasangan Mohamad Amirul Rahim Baharudin dan Nur Hasikin Ahmad itu.

dayana 5

Komen Dayana di Instagram mStar.

Dalam pada itu, Dayana mengingatkan ibu bapa supaya peka dengan sebarang perubahan dan tindak balas tidak normal pada tubuh bayi.

"Lebih baik buat pemeriksaan doktor sebab baby selalu muntah-muntah pun tak elok juga macam anak saya dahulu, dah check baru tahu masalah dia dan sekarang Alhamdulillah tak ada macam dulu dah.

"Macam kes saya dulu, doktor suruh tukar susu anti regurgitasi (proses makanan tidak dicerna dengan baik dan keluar semula). Baby saya ada masalah itu, jadi doktor suruh cuba susu formula sesuai.

dayana 3

Puteri Maryam (kanan) meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

"Kita mak-mak ini kena peka sebab dia orang tak reti mengadu kalau tak selesa ke apa... benda ni kalau lambat boleh menyebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

"Apa-apa pun kita doakan semoga mak dan ayah anak syurga yang comel ni kuat menghadapi ujian ini. Al-fatihah," ujarnya.

Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan selamat melahirkan bayi pra matang yang diberi nama Astrid Raheeya pada 20 Julai tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain