suria

Anak sulung asyik hisap ibu jari kaki, tak sangka pula petanda dapat adik! Tasha Shilla hamil anak kedua

Tasha berkongsi berita gembira hamil anak kedua

REZEKI tidak pernah salah alamat. Begitulah yang terjadi kepada pelakon Tasha Shilla apabila berkongsi berita gembira yang dia kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah masuk tujuh minggu.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Shiela Abdul Razak, 35, ketika dihubungi memberitahu dia sendiri tidak menyangka akan hamil sekali lagi ketika anak sulungnya baru berusia 10 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah, Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat bersalin anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Raees Zander nama cahaya mata Tasha Shilla, kongsi wajah anak selepas 7 hari dilahirkan

"Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap 'hamil juga'.

"Suami pun pelik kenapa saya cakap 'juga'? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.

"Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik," cerita Tasha kepada mStar pada Jumaat.

tasha 2

Tasha turut berkongsi berita gembira di Instagram selepas membuat pemeriksaan doktor

Dalam pada itu kata Tasha, secara sejak kebelakangan ini juga anak sulungnya iaitu Raess Zander, 10, sering dilihat menghisap ibu jari kakinya.

"Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki.

Kata orang itu petanda nak dapat adik," katanya.

Tasha sebelum ini turut berkongsi foto dia dan keluarga pergi bercuti di beberapa lokasi.

Saya hamil dalam tempoh bercuti itu. Syukur tidak ada sebarang masalah

TASHA SHILLA

PELAKON

Dia amat bersyukur percutian berkenaan tidak mendatangkan masalah kepada kandungannya.

"Banyak juga tempat kami lawati. Malah sejak Disember lalu kami sekeluarga sering bercuti.

"Saya hamil dalam tempoh bercuti itu. Syukur tidak ada sebarang masalah," ujarnya.

Tasha sebelum ini pernah berhasrat untuk kembali aktif berlakon apabila anak pertamanya mencecah usia dua tahun.

tasha 3

Aktif berjalan ketika bercuti, Tasha bersyukur tidak ada sebarang masalah

Bagaimanapun niat tersebut terpaksa ditangguh lagi memandangkan dia kini berbadan dua.

"Keutamaan saya pastinya sekarang ini adalah untuk keluarga.

"Pernah terfikir untuk kembali berlakon apabila anak pertama mencecah usia dua tahun, tetapi rasanya terpaksa tangguh lagi," katanya.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander yang kini berusia 10 bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain