suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahir Zawawi juara Hijrahkan Laguku, bawa pulang RM100,000

Shahir bawa pulang RM100,000.

PENTAS akhir program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku musim pertama menyaksi penyanyi Shahir Zawawi diumumkan sebagai juara.

Shahir, 34, memperoleh markah keseluruhan 72 peratus dan menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%).

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir AF padam foto didakwa sengaja senyum sinis - “Tidak! Sebenarnya muka kanan saya bengkak dan bernanah”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shahir tak terkejut gosip Erra Fazira isteri kedua ahli politik, doakan dia bahagia - “Saya tak kecewa, itu benda baik”

Penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini bersyukur dengan rezeki tersebut dan berharap program itu akan terus menjadi platform anak muda menyebarkan dakwah.

“Pertamanya terima kasih TV AlHijrah. Tak tahu ada hadiah sebagai ganjaran. Tapi bersyukur.

“Moga jadi juara kepada pendengar. Semoga program ini jadi platform untuk anak seni sebarkan dakwah,” ujarnya.

Semoga program ini jadi platform untuk anak seni sebarkan dakwah

SHAHIR ZAWAWI

PENYANYI

Kemenangan itu melayakkan Shahir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Manakala ketiga-tiga peserta akhir lain menerima RM20,000 setiap seorang.

Pada malam final itu Shahir menyanyikan lagu berjudul Madahku, inspirasi lagu asal Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain serta lagu duet Perjalanan Jiwa bersama Datuk Nash.

ShahirIwan (kiri), Shahir, Nash dan Mark Adam peserta akhir Hijrahkan Laguku.

Bagi Anugerah Sawa’ Assabil pula dimenangi oleh Iwan Syahman dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 yang akan diwakafkan.

Markah peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri profesional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Manakala 20 markah daripada undian penonton.

Pentas akhir yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris Ahmad.

Program terbitan saluran TV Al Hijrah ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain