suria

“Apa yang you nak kami buat? Kami juga manusia biasa, ada masa penat“ - Shakilla Khoriri geram dituduh sombong tanpa sebab, jangan harap artis senyum 24 jam

Shakilla berasa hairan apabila ada netizen mengatakan dia bersikap sombong.

PELAKON Shakilla Khoriri mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada netizen yang mendakwa dirinya bersikap sombong ketika berada di luar atau pusat membeli-belah.

Hairan dengan tuduhan tersebut, Shakilla menjelaskan ada kala dia tidak menyedari orang yang di sekeliling kerana memberi tumpuan kepada anak perempuannya iaitu Ameena Sofia.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri panjat tangga pasang bidai bilik tidur, netizen pertikai Fizi Ali tak tolong - “Dia banyak bantu saya uruskan anak”

Pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini meminta agar semua pihak memahami situasi ketika itu dan tidak mengharapkan dirinya akan tersenyum sepanjang masa.



Shakilla beri penjelasan menerusi Instastory.

"Banyak sangat dekat DM yang kata nampak saya dekat sini, sana... tanya kenapa nampak sombong. Apa maksud you, I sombong? Dah la I pakai face mask, korang tak tahu pun reaksi muka I macam mana.

"Lagi satu, you tak ada sapa I pun macam mana you boleh cakap I sombong. Kedua, I kalau pergi mall... kalau seorang tu mungkin I berjumpa kawan atau meeting. Kalau tak... I dengan Fizi (suami) dan Ameena.

"Kalau I dengan Ameena, memang fokus I seratus peratus pada dia. Jadi I tak kan perasan orang di keliling sangat. Kalau ada yang sempat, i senyum. Janganla expect I senyum 24 jam," kata Shakilla.

Ada yang kelakar... 'ni siapa ya, Shakilla? Shakilla Khoriri siapa ya?'.

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

Isteri kepada penyampai radio Suria FM itu berkongsi penjelasan tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya.

Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun ini memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu bukan disebabkan marah namun hanya berasa keliru dengan niat mereka yang membuat tuduhan tersebut.

Malah, apa yang membuatkan pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini berasa lucu apabila terdapat antara mereka yang secara tiba-tiba mempersoalkan popularitinya.

"I tak marah... hanya cakap sebab kadang-kadang I tak faham, you ingat I ni nak sapa you macam mana ya. Ada yang kelakar... 'ni siapa ya, Shakilla? Shakilla Khoriri siapa ya?'.



Shakilla bersama suami dan anak mereka.

"I tak kisah langsung kalau you tak kenal tapi you nak apa ya sebenarnya. I tak kisah kalau I tak famous... sebab I memang tak famous, I bukan berlakon untuk famous. Kalau famous, tak ada duit buat apa.

"I bukan marah... tapi cuba beritahu apa yang korang nak daripada selebriti bila jumpa di luar. Apa yang you nak kami buat? Kami juga manusia biasa, ada masa penat. I tahu, mesti ada yang kata I kekwat," ujarnya.

Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain