suria

Bella Astillah mohon maaf tak sensitif sarung uniform MAS ke majlis hari jadi, akui pernah bercita-cita jadi pramugari

Bella Astillah dikecam kerana tidak sensitif mengayakan uniform MAS.

SELEPAS dituduh tidak sensitif apabila menggayakan pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), pelakon Bella Astillah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, berkata, dia tidak mengetahui tentang sejarah dan etika berkaitan uniform itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri 10 peluang kepada suami, Bella Astillah kesal netizen hanya baca tajuk artikel - “Memang saya cakap tapi bukan macam itu”

“Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan saya dan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai keistimewaan uniform tersebut. Alhamdulillah saya dapat banyak ilmu daripada situ dan saya rasa sangat bermanfaat untuk kongsi semua ilmu itu kepada orang ramai.

“Bella minta maaf kerana menggunakan uniform berkenaan tanpa mengetahui lebih awal tentang info dan sejarah serta etika berkenaan uniform itu.

“Untuk ingatan supaya lebih berhati-hati agar uniform ini tidak disalahgunakan,” ujarnya.

Bella Astillah pernah bercita-cita jadi pramugari.

Bella Astillah menerima pelbagai reaksi netizen selepas mengayakan uniform itu di sebuah majlis hari jadi ahli keluarganya yang bertemakan dream job pada September lalu.

Menjelaskan perkara itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini berkata, dia memilih untuk memakai uniform berkenaan kerana pernah bercita-cita untuk menjadi pramugari sejak kecil.

“Saya memperagakan pakaian seragam ini semata-mata kerana kerjaya sebagai pramugari MAS merupakan cita-cita sejak kecil.

“Pihak MAS ada berjumpa saya dan menerangkan terperinci tentang keistimewaan uniform tersebut.

“Alhamdulillah banyak ilmu yang Bella dapat yang mana bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain