Muka Syafiq Farhain bengkak bukan kerana disengat tebuan tapi tanam rambut! - “Penampilan sangat penting, ia bagi saya keyakinan”

Syafiq menjelaskan wajahnya bengkak disebabkan kesan suntikan bius sebelum rawatan tanam rambut.

PERKONGSIAN foto terbaharu penyanyi Syafiq Farhain di laman Instagram yang memperlihatkan wajahnya dalam keadaan bengkak menarik perhatian umum.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26, ramai rakan yang bimbang dengan keadaannya dan menyangka dia digigit tebuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Farhain sedia untuk kahwin jika bertemu jodoh dalam masa terdekat - “Saya jenis tak kisah, asalkan sedap mata memandang”

Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan ia disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan beberapa hari lalu.



Syafiq muat naik foto wajahnya dalam keadaan bengkak tarik perhatian umum.

"Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.

"Sebenarnya muka saya jadi bengkak sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut. Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengkak tapi doktor kata memang normal bengkak beberapa hari.

"Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami keguguran yang sangat teruk. Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut," kata Syafiq kepada mStar.

Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Selain Syafiq, beberapa selebriti tempatan juga melakukan rawatan menanam rambut antaranya Aliff Aziz, Sharnaaz, PU Riz, Riz Amin, Datuk Seri Aliff Syukri dan Zoey Rahman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini memberitahu dia menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan tersebut sejak tahun lalu namun tidak mempunyai masa yang sesuai.

Syafiq berkata apa yang dilakukannya itu tidak melanggar hukum Islam dan dia sanggup berhabis duit demi menjaga penampilannya.



Syafiq sanggup berhabis duit demi penampilan.

"Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai. Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang.

"Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut. Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan.

"Jadi, apa salahnya saya berkorban sikit keluarkan duit untuk rambut. Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun. Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang," ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain