suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yatt Hamzah keguguran selepas muntah dan cirit-birit akibat keracunan makanan - “Ingat sakit perut biasa, rupa-rupanya...”

Yatt berkongsi berita sedih apabila dia keguguran.

TIADA rezeki menimang cahaya mata kelima, pelakon Yatt Hamzah berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan pada petang Selasa.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, berkata, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka, pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Malang tak berbau... bayi Yatt Hamzah berusia 50 hari jatuh ke lantai gara-gara terlepas dari dukungan

“Wahai anak bonda yang kelima... tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti.

“Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja, rupa-rupanya kamu nak pergi tinggalkan bonda, ” tulisnya di Instagram pada malam Selasa.

Yatt cirit-birit sehari sebelum disahkan keguguran.

Yatt berkata, dia berasa panik kerana ia merupakan pengalaman pertamanya mengalami keguguran.

Dia turut meminta peminat dan orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Pengalaman pertama (keguguran) sebak tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kekuatan” ujarnya.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 4, Suci Hayfa Medina, 2 dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia sembilan bulan.

Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain